PERMOHONAN BANTUAN MYKAD TERBARU RM150 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Setiap bulan bantuan akan disalurkan sebagai elaun bulanan ke dalam Mykad untuk penerima membeli barang dapur. Ia adalah sebuah inisiatif kerajaan untuk menampung kos perbelanjaan sekaligus untuk mengekalkan harga barangan kepada rakyat yang kurang mampu.
Bagaimanakah permohonan bantuan mykad terbaru rm150 setiap bulan untuk beli barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD RM450 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS TERBARU : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
TEMPOH PENYALURAN BANTUAN MYKAD TERBARU UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Tempoh terbaru penyaluran bantuan dalam MyKad untuk pembelian barang dapur adalah selama 12 bulan keseluruhannya, namun tinggal lima (5) bulan sahaja lagi yang mana selama tujuh (7) bulan telah selesai disalurkan kepada penerima.
KADAR PENYALURAN BANTUAN MYKAD TERBARU UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Penyaluran bantuan ke dalam MyKad adalah mengikut kategori penerima, iaitu :
- Isi Rumah akan menerima RM100 sebulan;
- Warga Emas juga akan menerima RM100 sebulan;
- Bujang pula akan menerima RM50 sahaja sebulan.
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan yang disenaraikan, penerima perlu membayarnya secara tunai.
MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan senarai manfaat yang bakal diperoleh penerima :
- Dikreditkan secara automatik setiap bulan;
- Pembelian secara tanpa tunai (guna MyKad);
- Had pembelian sehingga RM100 sebulan;
- Baki pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya;
- Boleh digunakan sehingga 31 Disember 2024;
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD TERBARU RM150 SETIAP BULAN 2024
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan, antaranya ialah :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap atau beralamat di Semenanjung Malaysia;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bulanan di bawah RM2,500 setiap bulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
PERMOHONAN BANTUAN MYKAD TERBARU RM150 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Ikuti cara permohonan bantuan MyKad untuk beli barang dapur setiap bulan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
*Nota : Setelah selesai membuat permohonan, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/
Harap dapat hasilnya