PERMOHONAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : DAFTAR SEKARANG

Oleh kerana pemberian bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas telah mendapat sambutan yang mengalakan serta reaksi yang baik daripada penerima, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bahkan telah diperluaskan kepada lebih ramai penerima.

Bagaimanakah permohonan bantuan mykad untuk pembelian barangan keperluan asas? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RAHMAH : CHECK STATUS SEKARANG

APAKAH KELAYAKAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Pemberian bantuan MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

APAKAH BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.

DIMANAKAH BOLEH MEMBUAT PEMBELIAN MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Menurut daripada Portal Rasmi MyKasih, tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih. Namun, perlu membuat pendaftaran melalui eKasih. Berikut adalah cara pendaftaran dengan eKasih :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  8. Selesai.

TALIAN PERMOHONAN

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran eKasih (mengikut negeri masing-masing) :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

4 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment