PERMOHONAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024 : DAFTAR SEKARANG

Seluruh negeri di Malaysia telah melancarkan bantuan khas untuk membantu golongan yang memerlukan untuk membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba. Permohonan untuk Bantuan Raya Aidilfitri adalah berbeza bagi setiap negeri.

Bagaimanakah permohonan bantuan raya aidilfitri? Ikuti panduan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 : CHECK STATUS SEKARANG

KADAR BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Berikut merupakan kadar Bantuan Raya Aidilfitri bagi setiap negeri-negeri yang ditetapkan :

BIL.NEGERIKADAR BANTUAN
RAYA AIDILFITRI
1.KelantanMinimum : RM300
Maksimum : RM3,000
2.TerengganuMinimum : RM300
Maksimum : RM700
3.PahangMinimum : RM200
Maksimum : RM600
4.PerlisBelum diumumkan
5.PerakSehingga RM1,000
6.Pulau PinangMinimum : RM450
Maksimum : RM700
7.KedahBelum diumumkan
8.SelangorMinimum : RM300
Maksiumum : RM1,000
9.Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Sehingga RM1,000
10.JohorMinimum : RM300
Maksimum : RM400
(Setiap seorang
tanggungan Tambah RM50)
11.Negeri SembilanBelum diumumkan
12.MelakaRM150 hingga RM250
Tambahan RM100 setiap
seorang tanggungan
13.SabahBelum diumumkan
14.SarawakBelum diumumkan

KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan umum untuk pemohon Bantuan Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam; serta
  • Menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan setiap negeri.

*Nota : Syarat-syarat lain perlu merujuk laman rasmi setiap negeri yang dipohon.

PERMOHONAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Pemohon perlu membuat permohonan di portal rasmi setiap negeri yang pemohon menetap seperti berikut :

BIL.PAUTAN PERMOHONAN MENGIKUT NEGERI
1.Kelantan
https://www.e-maik.my/v2/skim-bantuan/bantuan-hari-raya.
2.Terengganu
https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/
3.Pahang
https://www.muip.gov.my/v4/baitulmal/zakat/skim-bantuan-zakat/
4.Perlis
https://www.maips.gov.my/index.php?lang=img
5.Perak
https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/
6.Pulau Pinang
https://zakatpenang2u.com/agihan/AgihanSpecialForms/BorangBantuanKhasCheckStatus
7.Kedah
https://www.zakatkedah.com.my/
8.Selangor
https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/permohonan-zakat/
9.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/bz
10.Johor
https://ebantuan.maij.gov.my/main
11.Negeri Sembilan
https://www.mains.gov.my/v2/
12.Melaka
https://www.maim.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan/agihan-zakat/permohonan-dan-proses
13.Sabah
https://appszakat.sabah.gov.my/agihan_skim.php
14.Sarawak
https://pelanggan.tbs.org.my/
  1. Sila klik pada antara salah satu pautan (negeri yang pemohon menetap) di atas.
  2. Kemudian, pemohon perlu membaca syarat kelayakan yang ditetapkan.
  3. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, sila klik pada [Permohonan Bantuan].
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan (sekiranya ada).
  6. Seterusnya, klik pada [Hantar].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi setiap negeri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di portal rasmi setiap negeri.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.sistemguruonline.my/2024/03/cara-mohon-bantuan-raya-2024.html.

2 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment