PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT ONLINE 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT ONLINE 2024 : DAFTAR SEKARANG

Demi memastikan rakyat terutamanya golongan miskin atau miskin tegar memiliki kediaman yang selamat serta selesa, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan luar bandar dengan menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah demi memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Bagaimanakah permohonan bantuan rumah pprt online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN B40 RM100 APRIL : CHECK SEKARANG

SKOP BANTUAN RUMAH PPRT 2024

Skop bantuan terbahagi kepada dua kategori iaitu :

  1. Bina Baharu :
    • Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  2. Baik Pulih :
    • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja. (Contoh : Bumbung, atap, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding,lantai, tingkap, pendaiwaian elektrik, perpaipan dan lain-lain).

Nota : Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam skop baik pulih.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT 2024

Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa. (Pendapatan Isi Rumah Miskin tegar : RM1,169 dan Miskin RM2,208) Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut :

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Keutamaan diberikan kepada :

  • Warga emas;
  • Orang kurang upaya (OKU);
  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • Mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

SYARAT BANTUAN RUMAH PPRT 2024

Syarat-syarat bantuan rumah PPRT pula terbahagi kepada dua iaitu :

  • Syarat Bantuan Bina Baharu :
  1. Tidak mempunyai rumah;
  2. Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  3. Tidak ekonomik untuk dibaiki;
  4. Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  5. Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
  • Syarat Bantuan Baik Pulih :
  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

KADAR BANTUAN RUMAH PPRT 2024

Bantuan diberikan mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kadar Bina Baharu :
NEGERI PEMOHONKADAR BANTUAN
Semenanjung MalaysiaRM66,000
Sabah dan SarawakRM79,000
  • Kadar Baik Pulih :
NEGERI PEMOHONKADAR BANTUAN
Semenanjung MalaysiaRM15,000
Sabah dan SarawakRM17,000

PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT ONLINE 2024

Ikuti cara permohonan Bantuan Rumah PPRT secara online (atas talian) pada pautan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini : https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/.
  2. Pada halaman Sistem eSPKR, sila klik pada [Program Perumahan Rakyat Termiskin].
  3. Kemudian, masukkan nombor kad penganalan pemohon tanpa (-).
  4. Klik pada butang [SEMAK].
  5. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  6. Setelah selasai mengisi maklumat, klik butang [Seterusnya].
  7. Pada halaman seterusnya, sila pilih maklumat pemilikan tanah pemohon.
  8. Klik butang [Seterusnya].
  9. Halaman seterusnya, pemohon perlu memasukan maklumat perhubungan dan klik pada butang [Seterusnya].
  10. Tandakan pada maklumat permohonan dengan betul dan masukkan gambar tapak cadangan.
  11. Tekan pada butang [Seterusnya].
  12. Kemudian, klik pada butang [Hantar Permohonan].
  13. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.rurallink.gov.my/program-perumahan-rakyat-termiskin-pprt/.

Leave a Comment