PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024 : DAFTAR SEKARANG

Kerajaan telah melancarkan Bantuan Sara Hidup yang juga merupakan bantuan tambahan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi. Dengan adanya bantuan setiap bulan ini dapat menampung kos perbelanjaan rakyat setiap bulan.

Bagaimanakah permohonan bantuan sara hidup rm100 setiap bulan? Ikuti panduan lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN

Pemberian bantuan sara hidup RM100 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN SARA HIDUP

Peruntukan bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama 12 bulan menerusi Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehigga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024

Untuk makluman, tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang hanya lulus STR 2024. Justeru, pemohon perlu memohon STR terlebih dahulu. Ikut cara permohonan STR di bawah :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan :

  • Pemohon :
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
  • Pasangan :
    • Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama
  • Anak :
    • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • SARA :
  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment