PERMOHONAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA : JAWATAN KOSONG TERKINI
Jabatan Imigresen Malaysia (Negeri Pulau Pinang) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (Personel MySTEP) secara Kontrak.
BACA JUGA : PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN SPA : DAFTAR SEKARANG
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
PERKARA | TARIKH |
---|---|
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA | 31 DISEMBER 2023 |
JAWATAN YANG DITAWARKAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
BIL. | JAWATAN | GAJI | TARAF JAWATAN |
---|---|---|---|
1. | PEGAWAI PERHUBUNGAN PELANGGAN GRED N19 (PERSONEL MYSTEP) | RM1,700.00 | KONTRAK |
TEMPOH KONTRAK
TEMPOH KONTRAK JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA |
---|
8 JANUARI 2024 hingga 8 JUN 2024 (6 bulan) |
SYARAT-SYARAT LANTIKAN
Calon-calon lantikan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji tetap : N19 RM1,700.00).
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua pelanggan;
- Melayani pelanggan / tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra; dan
- Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
KELEBIHAN YANG DITAWARKAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
- Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti tahunan; dan
- Caruman KWSP dan PERKESO.
WAKTU BEKERJA
WAKTU BEKERJA |
---|
Waktu bekerja yang fleksi (antara 7.30 pagi hingga 6.00 petang) |
PENEMPATAN BERTUGAS
PENEMPATAN BERTUGAS |
---|
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang |
CARA PERMOHONAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
- Sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti :
- Resume terkini berserta gambar terkini
- Hantarkan ke alamat seperti di bawah berikut :
ALAMAT PERMOHONAN |
---|
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN ARAS 3, 13700 JALAN KELASAH SEBERANG JAYA PULAU PINANG NO.TEL : 04-3973011 |
*Hanya calon yang layak dan memenuhi syarat kelayakan akan dipilih. Sekiranya tiada sebarang jawapan selepas dua (2) minggu lepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan jawatan kosong di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- NO.TEL : 04-3973011
Atau Rujuk Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Di SINI : https://www.imi.gov.my/index.php/utama/