PERMOHONAN JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MALAYSIA : JAWATAN TERKINI JPDP

PERMOHONAN JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MALAYSIA : JAWATAN TERKINI JPDP

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Tadbir Gred 19, Penolong Pegawai Tadbir Gred 29, Pegawai Teknologi Maklumat Gred 41, Pereka Grafik Gred 29, dan Pemandu Gred 11 bertaraf Kontrak.

BACA JUGA : PERMOHONAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA : JAWATAN KOSONG RELA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

PERKARATARIKH
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
JAWATAN KOSONG JPDP
5 JANUARI 2024
(JUMAAT)

JAWATAN YANG DITAWARKAN JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MALAYSIA

BIL.JAWATANTAWARAN GAJI
1.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED 41Min : RM2,422.00
Maks : RM9,631.00
Kadar kenaikan tahunan :
RM225.00
2.PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29Min : RM1,493.00
Maks : RM5,672.00
Kadar kenaikan tahunan :
RM145.00
3.PEREKA GRAFIK GRED 29Min : RM1,493.00
Maks : RM5,672.00
Kadar kenaikan tahunan :
RM145.00
4.PEMBANTU TADBIR (Perkeranian / Operasi)
GRED 19
Min : RM1,352.00
Maks : RM4,003.00
Kadar kenaikan tahunan :
RM100.00
5.PEMANDU KENDERAAN GRED 11Min : RM1,218.00
Maks : RM2,939.00
Kadar kenaikan tahunan :
RM80.00

SYARAT WAJIB JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MALAYSIA

Calon-calon lantikan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

SYARAT LANTIKAN SETIAP JAWATAN

Setiap jawatan yang ditawarkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia mempunyai syarat-syarat lantikan yang berbeza, sila rujuk syarat lantikan setiap jawatan di bawah :

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED 41.
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29.
  3. PEREKA GRAFIK GRED 29.
  4. PEMBANTU TADBIR (Perkeranian / Operasi) GRED 19.
  5. PEMANDU KENDERAAN GRED 11.

DESKRIPSI TUGAS

Jawatan yang ditawarkan di atas mempunyai deskripsi tugas yang berbeza, berikut merupakan deskripsi tugas setiap jawatan :

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED 41 :
    • Mengkaji dan menganalisis sistem komputer dan aplikasi yang sedia ada dan mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara dan mengkaji semula sistem pemprosesan data, portal dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan;
    • Melaksanakan kerja-kerja analisis dan operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi rangkaian dan telekomunikasi, pusat data, pengkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT; dan
    • Mencipta, merancang dan menghasilkan kandungan kreatif dalam pelbagai platform multimedia serta mahir menggunakan perisian grafik dan perkakasan kamera video, peranti pintar, penyuntingan video/montaj, copywriting dan merangka strategi serta hantaran media sosial dengan cekap dan berkesan.
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29 :
    • Membuat surat menyurat termasuk menguruskan penyediaan surat rasmi dan tidak rasmi;
    • Menyediakan minit mesyuarat; dan
    • Menyediakan kertas-kertas pertimbangan melibatkan pengurusan tertinggi jabatan.
  3. PEREKA GRAFIK GRED 29 :
    • Menyediakan konsep dan membuat reka bentuk untuk pelbagai bahan promosi di semua platform media sosial, media cetak dan media elektronik;
    • Menyediakan infografik, dan rekaan visual secara harian dan mingguan bagi tujuan muat naik di akaun rasmi media sosial, laman web, bahan-bahan pameran dan penerbitan;
    • Membuat penambahbaikan susun atur/grafik sosial media JPDP dari semasa ke semasa; dan
    • Menjalankan tugas-tugas jurufoto / juruvideo.
  4. PEMBANTU TADBIR (Perkeranian / Operasi) GRED 19 :
    • Melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi).
  5. PEMANDU KENDERAAN GRED 11 :
    • Memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan.

CARA PERMOHONAN JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MALAYSIA

Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut, ikuti panduan permohonan di bawah :

  1. Sila kemukakan dokumen seperti berikut :
    • Borang Permohonan Jawatan (Download Di Sini);
    • Resume terkini;
    • Gambar terkini yang berukuran passport;
    • Salinan sijil PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
    • Sijil Vaksinasi COVID-19.
  2. Semua maklumat di dalam Borang Permohonan Jawatan hendaklah diisi dengan lengkap dan betul.
  3. Permohonan hendaklah dihantar ke E-mel : [email protected]; atau hantarkan ke alamat seperti di bawah :
ALAMAT PERMOHONAN
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA

NOTA : Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Puan Siti Noorain binti Md Saad : 03-8911 5168
  • Puan Norshida binti Sahat : 03-8911 7912

Leave a Comment