PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2 KWSP 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Merujuk kebenaran oleh pihak KWSP bahawa ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran FSA2 mengikut syarat dan polisi oleh KWSP. Hal ini adalah bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Bagaimanakah permohonan pengeluaran fsa2 kwsp? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT ONLINE : DAFTAR SEKARANG
APAKAH SYARAT PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2 KWSP
Berikut merupakan syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon untuk membuat permohonan pengeluaran FSA2 KWSP :
- Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
- Warganegara Malaysia;
- Permohonan adalah sekali sahaja;
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
- Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).
INSTITUSI BANK MANAKAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN PENGELUARAN FSA2 KWSP 2024
Buat permulaan, institusi perbankan yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :
- MBSB Bank Bhd
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- CIMB Bank Bhd
- Maybank Bhd
- Bank Muamalat (M) Bhd
BERAPAKAH AMAUN PENGELUARAN FSA2 KWSP 2024
Berikut merupakan amaun pengeluaran FSA2 KWSP yang dibenarkan mengikut had :
HAD PENGELUARAN | AMAUN |
---|---|
Had minimum | RM3,000 |
Had maksimum | RM50,000 |
SEMAK KELAYAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2 KWSP
Pemohon perlu membuat semakan kelayakan pada portal rasmi KWSP seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi KWSP; atau klik pautan di sini : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Kemudian, sila log masuk akaun KWSP anda pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada [Kelayakan Pengeluaran FSA2].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2 KWSP 2024
Sekiranya pemohon telah disahkan layak untuk membuat pengeluaran FSA2 KWSP, pemohon boleh membuat permohonan seperti berikut :
- Sila hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda; atau Layari laman web www.kwsp.gov.my
- Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
- Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
- Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
- Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
- Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Sila semak perkara seperti :
- Baki Akaun
- Caruman Semasa
- Profil
- Sejarah Pengeluaran
- Semakan Kelayakan Pengeluaran
- Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
- Pilih insitusi bank ingin digunakan.
- Permohonan akan diteruskan sekiranya ahli memenuhi syarat kelayakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://fsa2.kwsp.gov.my/.