PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024 TELAH DIBENARKAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Had pengeluaran wang simpanan KWSP sebelum hari pesaraan ahli adalah dibenarkan sehingga bernilai RM50,000. Sekiranya ahli yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP, ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebahagian simpanan untuk kegunaan peribadi.
Bagaimanakah permohonan pengeluaran khas kwsp rm50000 2024 telah dibenarkan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM100 APRIL : CHECK SEKARANG
APA ITU PENGELUARAN KHAS KWSP
KWSP telah melancarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) untuk membantu ahli yang memerlukan pembiayaan peribadi. FSA2 adalah program pengeluaran KWSP yang membenarkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP dari akaun 2 mengikut had yang dibenarkan antara RM3,000 sehingga RM50,000.
Ahli yang layak boleh memohon pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang bekerjasama dengan KWSP. Bayaran pengeluaran KWSP akan dibuat terus kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur 50 atau 55 tahun, bergantung kepada pilihan umur pengeluaran ahli.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut untuk membuat pengeluaran khas KWSP :
- Warganegara Malaysia;
- Ahli yang belum yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
- Permohonan adalah sekali sahaja;
- Sekiranya permohonan lulus, tidak boleh dibatalkan;
- Dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM3,000; dan
- Pengeluaran bersyarat adalah sebanyak RM50,000 dari Akaun 2 (bergantung kepada jumlah peribadi yang ditetapkan oleh institusi perbankan).
SENARAI JENIS KEGUNAAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Terdapat dua (2) jenis pengeluaran iaitu pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh yang dibenarkan untuk kegunaan tertentu seperti berikut :
- Pengeluaran Sebahagian :
- Pendidikan.
- Beli Rumah.
- Bina Rumah.
- Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
- Perumahan Fleksibel.
- Perumahan PR1MA.
- Untuk menunaikan ibadah Haji.
- Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta.
- Pengeluaran Penuh :
- Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan.
- Hilang Upaya.
- Meninggalkan Negara.
- Kematian.
PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Ikuti cara permohonan pengeluaran khas KWSP seperti berikut :
- Ahli perlu membuat semakan awal kelayakan Akaun 2 melalui laman web rasmi institusi perbankan yang terlibat :
- MBSB Bank : https://www.mbsbbank.com/; atau
- Bank Simpanan Nasional (BSN) : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do; atau
- CIMB Bank : https://www.cimbclicks.com.my/.
- Sekiranya layak, ahli perlu mengisi borang yang di sediakan di lama web rasmi institus perbankan tersebut dengan memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum permohonan diproses.
- Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.