PERMOHONAN SBP 2024 : SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 ATAU 4

PERMOHONAN SBP 2024 : SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 ATAU 4

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2024 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada calon-calon atau mana-mana pemohon yang berkenaan.

Objektif Utama Kerajaan Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah antara usaha kerajaan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik, jasmani dan rohani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.

Sekolah Berasrama Penuh menjadi pilihan berikutan kejayaan objektif yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap penubuhan SBP, ianya menjadi pilihan kepada semua ibu bapa agar anak jagaan mereka mendapat pendidikan terbaik dan merasai suasana pembelajaran lebih selesa di sana.

Permohonan SBP 2024 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Secara Online Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) akan membuka sistem permohonan secara dalam talian (online) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi kemasukan murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun pengambilan 2024. Berikut merupakan penyertaan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Permohonan SBP 2024 untuk kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Tarikh Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 dibuka pada Ogos 2023 dan ditutup pada September 2023. Tarikh rasmi permohonan dibuka dan ditutup akan dikemaskini sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga : CHECK RESULT SPM 2022 ONLINE ATAU SMS

SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Berikut merupakan beberapa syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2024 :

SYARAT KEMASUKAN SBP 2024
1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
2. Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada
Tahun 2022. Atau,
3. Merupakan murid Tingkatan 3 dan telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada
tahun 2022.
4. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
5. Murid yang sihat tubuh badan.
6. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum.

TARIKH PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2023

Tarikh : 1 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023.

PERMOHONAN SBP 2024

Permohonan ini adalah untuk kemasukan bagi Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4 sesi 2024. Di bawah ini adalah cara permohonan Sekolah Berasrama Penuh :

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 2023

Untuk memohon sila tekan portal rasmi ini : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm.
Kemudian, tekan [PERMOHONAN]. Buat masa ini sebarang permohonan masih lagi belum boleh dibuat sehingga dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang dijangka akan dibuka pada Ogos 2023 nanti.

PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 2023

Untuk memohon sila masuk ke pautan rasmi ini : https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm?CFID=278193872&CFTOKEN=503a423c77a02af3-E0AD672C-5056-A2E7-7328B97127294B98.
Sila tekan [PERMOHONAN]. Untuk makluman, buat masa ini masih lagi tidak boleh memohon untuk kemasukan Tingkatan 4 dan dijangka pihak KPM akan membuka permohonan pada bulan Ogos 2023 nanti.

Sistem Permohonan Sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan tahun 2023 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan. Ibubapa / Penjaga dan Pemohon boleh mendapatkan maklumat awal pembukaan portal permohonan ini di Channel Rasmi Info Kerajaan Malaysia di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia.

PERMOHONAN SBP

2 thoughts on “PERMOHONAN SBP 2024 : SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 ATAU 4”

Leave a Comment