PLKN SEMAKAN ONLINE (SEMAK LAYAK ATAU TIDAK)

PLKN SEMAKAN ONLINE (SEMAK LAYAK ATAU TIDAK)

Program Latihan Khidmat Negara atau ringkasnya PLKN bakal dimulakan semula dan diteruskan lagi pada tahun 2025 sebagai PLKN siri 3.0 dengan dengan kerangka baharu memperuntukan kos sebanyak RM50 juta untuk menjayakan program ini sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah plkn semakan online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI PERSEKOLAHAN : CHECK PENERIMA SEKARANG

PENGENALAN PLKN

Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 2023 sebagai program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.

Namun begitu, program ini dihentikan pada tahun 2015, kemudian diteruskan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN siri 2.0 dan seterunya dimansuhkan pula pada tahun 2018 kerana menelan banyak kos. Kini, kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025.

TUJUAN PELAKSANAAN PLKN

Pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2025 (siri 3.0) adalah bertujuan untuk melahirkan dan memperkasakan jati diri generasi anak-anak muda di Malaysia terhadap perjuangan cintakan tanah air, Malaysia.

TEMPOH PELAKSANAAN PLKN

Inidividu yang terpilih atau disahkan layak perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini selama tempoh tiga (3) bulan sahaja, yang mana tarikh bermula dan tarikh program berakhir akan dimaklumkan kepada setiap individu secara rasmi nanti.

SENARAI PROGRAM PLKN

Antara program PLKN adalah meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti :

  • Modul Fizikal : melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
  • Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
  • Elemen Khidmat Masyarakat : meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN PLKN

Syarat utama calon PLKN adalah Warganegara dan mengikut fasa seperti berikut :

  • Fasa Latihan Pra PLKN :
    • Diperkenalkan di peringkat sekolah merangkumi pelajar di tingkatan semasa kegiatan kokurikulum;
  • Fasa Latihan Asas PLKN :
    • Melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah (20 universiti awam dan beberapa politeknik);
  • Fasa Peringkat Latihan Lanjutan :
    • Individu yang berusia 35 tahun dan ke bawah (akan dimaklumkan kembali).

PLKN SEMAKAN ONLINE

Untuk mengetahui kelayakan diri yang terpilih sebagai calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0, semakan secara online masih belum dibuka. Apabila portal untuk semakan dibuka, Kerajaan akan memaklumkannya secara rasmi nanti.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

Leave a Comment