RASMI KEMASKINI STR 2025 TELAH DIBUKA : MOHON SEKARANG

RASMI KEMASKINI STR 2025 TELAH DIBUKA : MOHON SEKARANG

Bagi pemohon STR sedia ada yang berstatus lulus kini boleh mula membuat kemaskini maklumat asas permohonan yang lalu sekiranya mempunyai sebarang perubahan maklumat atau pertambahan maklumat asas yang baharu.

Bagaimanakah cara kemaskini str 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 BILA MASUK : SEMAK TARIKH RASMI SEKARANG

RASMI KEMASKINI STR 2025 TELAH DIBUKA

Secara rasminya, Portal STR LHDNM telah dibuka untuk pemohon membuat kemas kini maklumat asas bermula sejak 19 Oktober 2024 (Sabtu) dan portal STR untuk kemaskini maklumat akan ditutup pada 30 November 2024 (Sabtu) bagi fasa pertama 2025.

KAEDAH KEMASKINI STR 2025

Pemohon boleh memilih antara kaedah untuk kemas kini maklumat STR 2025 seperti di bawah :

  • Kemas kini secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR LHDNM; atau
  • Menghantar borang kemas kini ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).

*Nota : Pemohon digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat permohonan STR secara atas talian (online) supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

CARA RASMI KEMASKINI STR 2025 SECARA ONLINE

Untuk membuat kemas kini secara atas talian (online) di pautan Portal Rasmi STR LHDNM, ikuti cara kemas kini yang lengkap seperti di bawah :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa tanda sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik pula pada butang [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Kemas Kini Permohonan].
  10. Maklumat pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat yang telah diisi.
  11. Kemas kini maklumat berikut (sekiranya terdapat perubahan atau pertambahan) :
    • Nombor Telefon;
    • Pilihan Pekerjaan;
    • Pendapatan kasar bulanan isi rumah (pemohon & pasangan);
    • Pilihan status perkahwinan :
      • Kahwin / Cerai / Kematian pasangan / Bujang;
    • Sekiranya pilihan status perkahwinan seperti berikut :
      • Bujang kepada Kahwin : Masukkan tarikh perkahwinan;
      • Kahwin kepada Cerai : Masukkan tarikh perceraian;
      • Kematian pasangan : Masukkan tarikh kematian pasangan.
    • Alamat surat menyurat yang terkini;
    • Maklumat Perbankan yang masih aktif dengan memasukkan nombor akaun bank;
    • Alamat e-mel yang terkini.
  12. Seterusnya, kemas kini maklumat pasangan yang terkini sekiranya ada*.
  13. Sekiranya terdapat pertambahan bilangan anak, masukkan segala Maklumat Anak yang diperlukan*.
  14. Isikan Maklumat Waris dan pilih hubungan dengan penama waris tersebut*.
  15. Setelah segala maklumat diisi dengan lengkap, klik butang [Teruskan].
  16. Masukkan Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  17. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan.
  18. Pastikan segala maklumat yang dipaparkan adalah betul.
  19. Tick [/] pada Perakuan Pemohon tersebut.
  20. Akhir sekali, klik butang [Hantar].
  21. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment