REGISTER BANTUAN SARA HIDUP MY KASIH 100 SETIAP BULAN 2024 : MOHON SEKARANG

REGISTER BANTUAN SARA HIDUP MY KASIH 100 SETIAP BULAN 2024 : MOHON SEKARANG

Untuk tahun 2024 ini, Kerajaan memperuntukan lima kali ganda berbanding tahun lepas khas untuk penerima Bantuan Sara Hidup di bawah program MyKasih yang disalurkan sebanyak RM100 setiap bulan sepanjang tahun. Bantuan ini dibuka untuk lebih ramai penerima yang memerlukan.

Bagaimanakah register bantuan sara hidup my kasih 100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG

JADUAL KREDIT BANTUAN SARA HIDUP MY KASIH 100 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan jadual pengkreditan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM100 setiap bulan :

TARIKH KREDIT BANTUAN SARA HIDUP
RM100 SETIAP BULAN
22/01/2024
01/02/2024
01/03/2024
01/04/2024
01/05/2024
01/06/2024
01/07/2024
01/08/2024
01/09/2024
01/10/2024
01/11/2024
01/12/2024

CARA PENYALURAN BANTUAN SARA HIDUP MY KASIH 100 SETIAP BULAN 2024

Bantuan Sara Hidup di bawah program Mykasih akan disalurkan sebanyak RM100 setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan melalui kad pengenalan penerima yang disahkan layak. Bantuan ini disalurkan ke dalam kad pengenalan khas untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP MY KASIH 100 SETIAP BULAN

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024;
  • Status sebagai Isi Rumah berkeluarga atau ibu bapa tunggal (mempunyai anak) dan Warga Emas (tiada pasangan); dan
  • Mendaftar e-Kasih sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

REGISTER BANTUAN SARA HIDUP MY KASIH 100 SETIAP BULAN 2024

Untuk menerima Bantuan Sara Hidup di bawah Mykasih yang bernilai RM100 setiap bulan, pemohon perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan membuat pendaftaran e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

*Nota : Setelah selesai memohon Sumbangan Tunai Rahmah, pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat pendaftaran e-Kasih.

TALIAN REGISTER

Untuk register (mendaftar) e-Kasih, pemohon perlu menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau hubungi talian PPN Negeri masing-masing seperti berikut :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment