SARAWAK SKAS LOGIN 2025 (SEMAKAN STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK)
APA ITU SKAS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan lain-lain.
SKAS bertujuan membantu tiga kategori utama iaitu isi rumah, warga emas, dan individu bujang yang memenuhi kriteria kelayakan berdasarkan data terkini daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini juga menggunakan teknologi digital melalui aplikasi S Pay Global untuk memastikan bantuan sampai dengan cepat, telus, dan mudah kepada penerima.
Sebagai sebahagian daripada usaha transformasi digital Sarawak, SKAS bukan sahaja memanfaatkan teknologi untuk pengurusan bantuan, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan lestari.
Baca Juga : PORTAL SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024 : CHECK DUIT BANTUAN RM300/RM150
JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
SARAWAK SKAS LOGIN 2025 (SEMAKAN STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK)
Jumlah Bantuan Mengikut Kategori :
- Isi Rumah : Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM800 setahun.
- Warga Emas : Individu berumur 60 tahun ke atas, tanpa pasangan atau anak, dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM400 setahun.
- Bujang : Individu bujang berumur 21 hingga 59 tahun (atau OKU berumur 19 tahun ke atas) dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250 setahun.
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS SARAWAK (SKAS)
Berikut merupakan syarat asas untuk sumbangan asas Sarawak (SKAS) :
- Warganegara Malaysia pemegang Kad Pengenalan K (Anak Sarawak) yang beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
CARA PERMOHONAN SKAS SARAWAK
- Untuk Bantuan skas anda tidak perlu memohon kerana penerima STR Fasa 4 2024 yang memenuhi kriteria kelayakan akan disenaraikan secara automatik sebagai penerima SKAS.
CARA SEMAK STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) :
- Layari Portal Rasmi SKAS :
- Buka laman web rasmi SKAS – https://www.sarawak.gov.my/
- Log Masuk Akaun
- Jika anda sudah mempunyai akaun, log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang berdaftar.
- Jika belum berdaftar, daftar akaun baharu dengan maklumat peribadi yang diperlukan (nombor MyKad dan maklumat asas).
- Pilih Menu Semakan Status
- Selepas log masuk, pilih menu “Semakan Status SKAS” di halaman utama portal.
- Masukkan Nombor MyKad
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan K) dan tekan butang Semak
- Paparan Status Kelayakan
- Sistem akan memaparkan status kelayakan anda termasuk :
- Sama ada anda layak menerima bantuan
- Jumlah bantuan yang akan di terima
- Tarikh pengkreditan bantuan ke dalam akaun S Pay Global.
- Sistem akan memaparkan status kelayakan anda termasuk :
- Semakan melalui Aplikasi S Pay Global
- Muat turun dan log masuk ke aplikasi S Pay Global.
- Pergi ke bahagian “Bantuan SKAS” untuk melihat status bantuan secara langsung.
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses semakan anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan SKAS melalui :
- Talian : 082-441957
- E-mel : [email protected]
- Pergi ke Pejabat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak untuk bantuan secara fizikal.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.