PORTAL SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024 : CHECK DUIT BANTUAN RM300/RM150
Kesinambungan pelaksanaan agihan duit bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang terbaru adalah secara one-off (sekaligus) dengan kadar bayaran antara RM150 sehingga RM300 tertakluk kepada kelayakan penerima yang boleh disemak melalui portal rasmi.
Bagaimanakah semakan bayaran sara one off di portal? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF : CHECK ONLINE SEKARANG
PORTAL SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Semakan SARA one off :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Semakan SARA | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Ikuti panduan semakan bayaran SARA one off di Portal Rasmi :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Iklan pemakluman terkini akan dipaparkan, klik butang [TUTUP].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘ atau ‘Lulus RM150‘.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Pembayaran Bantuan SARA secara one-off akan dilaksanakan bermula pada :
TARIKH MULA BAYARAN SARA | TARIKH AKHIR BAYARAN SARA |
---|---|
9 DISEMBER 2024 | ** DISEMBER 2024 |
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Jumlah bayaran Bantuan SARA secara one-ff adalah ditentukan oleh kelayakan setiap penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
ISI RUMAH BERPASANGAN | RM300 |
ISI RUMAH TUNGGAL | RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
BUJANG 21 HINGGA 59 TAHUN | RM150 |
BUJANG 60 TAHUN KE ATAS | RM150 |
KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Terdapat dua (2) kaedah bayaran SARA one-off, iaitu :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Penerima Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.