SEMAK BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024 :  CHECK STATUS SEKARANG

SEMAK BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024 :  CHECK STATUS SEKARANG

Berdasarkan MyKad yang didaftarkan, terdapat hampir 1 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima bantuan bagi fasa yang ketiga (3) pada tahun ini. Inisiatif bantuan dalam MyKad adalah untuk membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat termasuk golongan bujang.

Bagaimanakah semak bantuan mykad rm350 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : STR LOGIN SEMAKAN STATUS : CHECK FASA 3 ONLINE SEKARANG

SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024

Hanya kategori yang disenaraikan di bawah sahaja layak menerima bantuan MyKad berjumlah RM350 bagi fasa ketiga (3) :

  • Bujang belum berkahwin;
  • Bujang OKU;
  • Balu tiada anak;
  • Duda / Janda tiada anak.

*Nota : Bujang pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS tidak termasuk.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024

Pengkreditan bantuan tunai ke dalam MyKad adalah secara berperingkat bermula pada tarikh 1 Ogos 2024 (Khamis) bagi penerima di Semenanjung Malaysia dan bagi penerima di Sabah dan Sarawak pula adalah bermula pada 12 Ogos 2024 (Isnin).

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024

Penerima boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk pembelian :

  • Barang asas dapur :
    • beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa.
  • Barang kesihatan & kebersihan :
    • Ubat-ubatan, sabun, shampo dan ubat gigi.
  • Peralatan persekolahan :
    • Seragam sekolah, kasut, dan alat tulis.

HAD PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 2024

Bagi kategori bujang, had bantuan bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM600 sahaja dan sekiranya bantuan tidak digunakan pada bulan tersebut, ia akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga pada 31 Disember 2024 sahaja dan tidak lagi boleh digunakan.

SEMAK BANTUAN MYKAD RM350 FASA 3 2024

Ikuti cara semak bantuan MyKad fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke halaman semakan.
  3. Pada halaman tersebut, isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ dengan nombor kad pengenalan anda.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment