STR LOGIN 2024 SEMAKAN STATUS : CHECK FASA 3 ONLINE SEKARANG
Pemberian bantuan STR adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan rakyat yang berpendapatan rendah terus mendapat bantuan tunai sewajarnya dan kerajaan akan tetap menepati janji bahawa bantuan STR fasa ketiga (3) akan disalurkan pada bulan Ogos ini.
Bagaimanakah str login semakan status fasa 3 online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN TAMBAHAN STR DALAM MYKAD RM150 FASA 3 : SEMAK ONLINE SEKARANG
STR LOGIN 2024 SEMAKAN STATUS FASA 3 ONLINE
Ikuti cara login STR untuk semakan status fasa ketiga (3) seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Login STR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi STR pada pautan di atas.
- Anda akan dipaparkan di halaman utama Portal MySTR.
- Masukan nombor kad pengenalan anda pada ruangan ‘No MyKad’.
- Kemudian, Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH RASMI STR LOGIN 2024 FASA 3
Dalam siaran media Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tarikh rasmi bayaran STR 2024 bagi fasa ketiga (3) iaitu bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) sehingga 20 September 2024 (Jumaat), seperti jadual berikut :
TARIKH RASMI | JENIS PENERIMA |
---|---|
Bermula : 29 Ogos 2024 (Khamis) Hingga : 6 September 2024 (Jumaat) | Penerima sedia ada |
Bermula : 18 September 2024 (Rabu) Hingga : 20 September 2024 (Jumaat) | Penerima terbaru & Penerima rayuan |
MASA STR 2024 SEMAKAN STATUS FASA 3
Setiap penerima boleh mula membuat semakan mengikut masa yang ditetapkan setiap bank :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Nota : Di atas adalah masa untuk penerimaan bantuan STR untuk setiap bank.
BILANGAN RASMI PENERIMA STR 2024 FASA 3
Keseluruhan bilangan penerima rasmi bantuan STR bagi fasa tiga (3) adalah seramai lebih 8.5 juta rakyat dewasa merangkumi isi rumah berpendapatan rendah (B40) seramai 3.0 juta, isi rumah (M40) seramai 1.0 juta, warga emas tiada pasangan seramai 1.2 juta dan bujang adalah seramai 3.3 juta.
JUMLAH RASMI BAYARAN STR 2024 FASA 3
Bagi penerima sedia ada akan menerima jumlah bayaran STR fasa tiga (3) seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM650 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
Warga Bujang (Bujang) | RM150 |
Bujang | RM50 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.dagangnews.com/article/85-juta-rakyat-terima-str-fasa-3-sehingga-rm650-bermula-29-ogos-2024-40198.