SEMAK BANTUAN STR BUJANG FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAK BANTUAN STR BUJANG FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

Pemberian Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 telah dinaikkan kadar nilai bantuan serta kadar penerima kepada lebih ramai penerima. Lebih 60% daripada penduduk dewasa di Malaysia akan menerima manfaat bantuan ini termasuk individu bujang yang berkelayakan.

Bagaimanakah semak bantuan str bujang fasa 1? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH : CHECK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN STR BUJANG 2024

Individu Bujang yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan akan dipertimbangkan oleh Kerajaan. Berikut adalah syarat kelayakan bujang STR :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Bujang; atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
  • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

KADAR BANTUAN STR BUJANG 2024

Individu Bujang akan menerima Bantuan STR serta Bantuan Tambahan STR mengikut kadar seperti berikut :

BANTUANKADAR
BANTUAN
Bantuan STRRM350
Bantuan Tambahan STRRM600 (Miskin & Miskin Tegar)
/ RM150 (Bukan Miskin & Miskin Tegar)

KADAR BANTUAN STR BUJANG FASA 1 2024

Berikut adalah bayaran Bantuan STR kategori bujang bagi Fasa 1 2024 seperti di bawah :

KADAR BANTUAN STR BUJANG FASA 1 2024
RM100

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR BUJANG 2024

Bantuan STR akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa seperti jadual berikut :

FASABULAN
Fasa 1Februari 2024
Fasa 2April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024
  • Bayaran Bantuan STR Fasa 1 :
TARIKH BAYARAN FASA 1
Bermula 29 Januari 2024 – 2 Februari 2024

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Ada akaun bankPengkreditan ke akaun bank
Pemohon / Pasangan
Tiada akaun bankSecara tunai di Cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAK BANTUAN STR BUJANG FASA 1 2024

Ikuti cara semakan STR Fasa 1 di Portal Rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment