SEMAK PENGELUARAN KHAS KWSP 2025 : PENGELUARAN KHAS KWSP ONLINE
SEMAK PENGELUARAN KHAS KWSP 2025 – Para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh menikmati kemudahan pengeluaran simpanan secara dalam talian, tertakluk kepada jenis akaun yang dimiliki. KWSP membahagikan simpanan ahli kepada tiga akaun utama, iaitu Akaun 1 (Persaraan), Akaun 2 (Sejahtera), dan Akaun 3 (Fleksibel).
Setiap akaun ini mempunyai peranan tersendiri — daripada menyediakan dana persaraan, menyokong keperluan sebelum persaraan, hinggalah memenuhi keperluan kewangan yang mendesak.
Walau bagaimanapun, semua pengeluaran perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP bagi memastikan kedudukan kewangan ahli kekal terjamin, terutama dalam jangka panjang.
Untuk mengetahui langkah-langkah terperinci berkaitan pengeluaran secara atas talian, sila rujuk panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN BARANG DAPUR 2025 – SEMAKAN KELAYAKAN DAN CARA TEBUS
JUMLAH AGIHAN SETIAP AKAUN DALAM KWSP
Berikut merupakan peratusan simpanan ketiga-tiga akaun KWSP :
- Akaun Persaraan (1)
- Menyimpan 75% daripada jumlah simpanan untuk memastikan sumber pendapatan yang stabil selepas bersara.
- Akaun Sejahtera (2)
- Menyediakan 15% daripada simpanan bagi memenuhi keperluan hidup dan menikmati kualiti hidup yang selesa sebelum bersara.
- Akaun Fleksibel (3)
- Menyimpan 10% daripada simpanan untuk keperluan kewangan jangka pendek serta menghadapi situasi kecemasan.
SYARAT PENGELUARAN KHAS KWSP 2025
Hanya ahli Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara yang memenuhi syarat kelayakan berikut boleh membuat pengeluaran KWSP :
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
- Berumur di antara 55 hingga 60 tahun
- Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
- Berumur di antara 50 hingga 54 tahun
- Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
- Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.
PENGELUARAN KHAS KWSP AKAUN 1 2025 ONLINE
SEMAK PENGELUARAN KHAS KWSP 2025 – Ikuti cara pengeluaran KWSP daripada akaun 1 (Persaraan) secara online seperti berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
- Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
- Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
- Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
- Selesai.
NOTA : Bagi ahli yang tidak boleh membuat pengeluaran secara online, boleh juga dilakukan secara manual dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk pengeluaran akaun 1.
CARA PENGELUARAN KHAS KWSP AKAUN 2 2025 ONLINE
Terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP akaun 2 (Sejahtera) yang boleh dilakukan seperti berikut :
- Pembelian Rumah :
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
- Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Selesai.
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Pendidikan :
- Untuk bayaran yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
- Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
- Surat tawaran pengajian; dan
- Resit bayaran yuran.
- Selesai.
- Untuk bayaran yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Kesihatan :
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Log Masuk pada i-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
- Muat naik dokumen seperti :
- Laporan perubatan dan Bil rawatan.
- Selesai.
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Umur 50 tahun :
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Kunjungi kaunter KWSP; atau log masuk i-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
- Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
- Sertakan bersama salinan IC.
- Selesai.
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- i-Sayang & i-Lindung :
- Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
- Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.
PENGELUARAN KHAS KWSP AKAUN 3 2025 ONLINE
Untuk pengeluaran akaun 3 (Fleksibel) boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut panduan berikut :
- Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Kami hanya bertindak sebagai penyampai maklumat terkini bagi memudahkan orang ramai mendapatkan akses kepada informasi berkenaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan penjelasan lanjut mengenai urusan Pengeluaran KWSP, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab seperti berikut:
Pusat Khidmat Pelanggan KWSP
Telefon: 03-8922 6000
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Laman Web Rasmi KWSP
🔗 www.kwsp.gov.my
Sebarang pertanyaan atau urusan rasmi hendaklah dirujuk terus kepada KWSP untuk mendapatkan maklumat yang sah dan tepat.
PENAFIAN
Segala maklumat yang dikongsikan di laman ini adalah bertujuan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan akses kepada informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia.
Kandungan yang dipaparkan disusun berdasarkan populariti carian pengguna di internet, dengan mengambil rujukan daripada enjin carian yang relevan.
Kami ingin menegaskan bahawa laman ini tidak mengumpul sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk akses kepada maklumat yang disediakan.
Penulisan artikel ini adalah semata-mata untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan terkini agar memudahkan pelawat mendapatkan perkembangan terbaru berkaitan bantuan kerajaan yang tersedia.
Rujukan bagi artikel ini adalah bersumberkan maklumat rasmi daripada portal KWSP:
🔗 https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/simpanan-juta