SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024 : CHECK SEKARANG

Terdapat pelbagai bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan sepanjang tahun 2024 bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat Malaysia terutamanya golongan rentan yang mudah terkesan akan gelumang kos sara hidup.

Bagaimanakah semak status penerima bantuan kerajaan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan yang bakal disalurkan oleh Kerajaan bagi tahun 2024 :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Skim Perubatan Madani (SPM).
  4. Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma).
  5. Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
  6. Program Rebat Elektrik.
  7. Program Jualan Rahmah.
  8. Bantuan Helmet Percuma.

KADAR AMAUN BANTUAN KERAJAAN 2024

Setiap bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut kadar amaun yang ditetapkan kepada kategori penerima seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berperingkat dan berfasa. Berikut merupakan jumlah keseluruhan bantuan mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan :
KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN
BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM1,000 (0 anak).
RM1,500 (1-2 anak).
RM2,000 (3-4 anak).
RM2,500 (5 ke atas).
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM500 (0 anak).
RM750 (1-2 anak).
RM1,000 (3-4 anak).
RM1,250 (5 ke atas).
Warga Emas tiada pasanganRM600
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM350
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Setiap penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut merupakan jumlah bantuan mengikut kategori yang ditetapkan :
KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN
BANTUAN
STR berstatus Miskin Tegar
bawah e-Kasih dan JKM
Isi rumah : RM1,200.
Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
STR berstatus Miskin
bawah data e-Kasih
Isi rumah : RM1,200.
Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
STR Asas Bukan Miskin /
Miskin Tegar
Isi rumah : RM300.
Warga Emas : RM150.
Bujang : RM150.
  • Skim Perubatan MADANI (SPM) :
    • B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI. Kelayakan adalah secara automatik melalui penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang seperti berikut :
KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN
BANTUAN
Isi Rumah BerkeluargaRM250
Warga Emas (tiada pasangan)RM125
BujangRM75

KADAR BANTUAN KERAJAAN 2024

  • Program MyLesen :
    • Program MyLesen iaitu bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu (ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan).
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
    • Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada semua murid sekolah yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun.
  • Program Rebat Elektrik :
    • Program Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar.
  • Program Jualan Rahmah :
    • Memperluas Program Jualan Rahmah penawaran barangan keperluan asas pada harga sehingga 30% lebih rendah ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
  • Bantuan Helmet Percuma :
    • Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu termasuk agihan percuma untuk kanak-kanak.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024

Syarat-syarat kelayakan penerima setiap bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan bagi tahun 2024 adalah berbeza. Sila rujuk pada Portal Rasmi setiap bantuan yang disenaraikan di atas.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024

Ikuti cara semakan status bantuan di Portal Rasmi seperti berikut :

  • Semakan status penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Semakan status penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Semakan nama penerima bantuan Skim Perubatan Madani (SPM) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Skim Perubatan MADANI di sini : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Tick pada [I’m not a robot].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

3 thoughts on “SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment