SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Bagi tahun 2024, peningkatan peruntukan Bantuan Asas Rahmah lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas iaitu dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.

Bagaimanakah semakan bantuan asas rahmah? Ikuti penerangan lebih terperinci di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAHMAH : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Bantuan Asas Rahmah merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui pembelian tanpa tunai setiap bulan dalam tempoh 12 bulan.

KADAR BANTUAN ASAS RAHMAH 2024

Setiap penerima yang dikenal pasti layak akan menerima Bantuan Asas Rahmah berjumlah seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. Ibu bapa Tunggal yang
mempunyai anak.
RM1,200
Warga Emas tiada pasanganRM1,200
BujangRM600

TARIKH AGIHAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024

Pengagihan Bantuan Asas Rahmah adalah mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH AGIHANJUMLAH
22 Januari 2024RM100 / RM50
01 Februari 2024RM100 / RM50
01 Mac 2024RM100 / RM50
01 April 2024RM100 / RM50
01 Mei 2024RM100 / RM50
01 Jun 2024RM100 / RM50
01 Julai 2024RM100 / RM50
01 Ogos 2024RM100 / RM50
01 September 2024RM100 / RM50
01 Oktober 2024RM100 / RM50
01 November 2024RM100 / RM50
01 Disember 2024RM100 / RM50

CARA AGIHAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024

Pengagihan Bantuan Asas Rahmah bagi penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia adalah seperti cara berikut :

CARA AGIHAN
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 (isi rumah & warga emas) dan RM50 (bujang) selama 12 bulan melalui Kad Pengenalan mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024

Ikuti cara semakan Bantuan Asas Rahmah di pautan Portal Rasmi seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi Semakan di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment