SEMAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bulan Ramadhan tahun ini pastinya ramai rakyat Malaysia yang akan terkesan dengan persiapan untuk menyambut Ramadhan yang berserta dengan pembukaan sekolah bagi yang mempunyai anak. Oleh itu, Bantuan Awal Ramadhan akan disalurkan bagi meringankan bebanan rakyat Malaysia yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan bantuan awal ramadhan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA DAFTAR BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 : MOHON ONLINE SEKARANG
APA ITU BANTUAN AWAL RAMADHAN
Bantuan Awal Ramadhan diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertujuan untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan untuk menyambut bulan yang mulia bulan Ramadhan dengan kecukupan.
KADAR AMAUN BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024
Pemberian Bantuan Awal Ramadhan adalah mengikut kadar amaun setiap individu seperti berikut :
KADAR AMAUN BANTUAN AWAL RAMADHAN |
---|
RM500 Sekaligus (one-off) |
TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024
Pengagihan Bantuan Awal Ramadhan adalah mengikut tarikh seperti berikut :
TARIKH AGIHAN BANTUAN AWAL RAMADHAN |
---|
Bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H secara berperingkat. |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024
Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantung kepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.
SEMAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024
Ikuti cara semakan Bantuan Awal Ramadhan di portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MAIWP; atau klik pautan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
- Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
- Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
- Klik pada butang [Sign in].
- Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
- Status semasa pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
- Talian MAIWP: 03-2639 9000
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.