SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Bermula pada bulan Januari 2024, bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad penerima masih diteruskan sehingga pada bulan April ini. Bantuan yang disalurkan pada bulan April ini sekaligus dapat membantu penerima untuk membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

Bagaimanakah semakan bantuan dalam mykad rm100 april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 TELAH DIBENARKAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024

Penyaluran bantuan tunai RM100 ke dalam Mykad penerima pada bulan April adalah mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH PENYALURAN BANTUAN
DALAM MYKAD
Bermula 1 April 2024 (Isnin)

MANFAAT PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh penerima daripada bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad :

  1. Dikreditkan kepada penerima secara automatik tanpa sebarang permohonan.
  2. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas dengan hanya membayar menggunakan Mykad sahaja.
  3. Penerima boleh menggunakannya setiap bulan mengikut jumlah yang diberikan.
  4. Baki daripada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
  5. Had pembelian adalah sehingga RM1,200 setahun.
  6. Tarikh luput penggunaan bantuan Mykad adalah sehingga 31 Disember 2024.

SENARAI PREMIS YANG BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024

Terdapat lebih 600 premis di seluruh negera yang boleh penerima membeli menggunakan bantuan dalam Mykad, antara premisnya ialah :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Lulu Supermarket.

*Termasuk pasar raya dan pasar mini bebas.

SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM100 APRIL 2024

Ikuti cara semakan bantuan dalam Mykad pemohon pada pautan rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi Semakan
Bantuan RM100 Dalam Mykad
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan portal rasmi semakan bantuan dalam Mykad di atas.
  2. Pada halaman utama bantuan, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (Bantuan Dalam Mykad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment