SEMAKAN BANTUAN MYKAD BINGKAS RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Manfaat bantuan BINGKAS adalah diperuntukan untuk 30,000 buah keluarga di Selangor yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan. Bantuan BINGKAS adalah disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet dan bukan ke dalam Mykad seperti yang ditularkan.
Bagaimanakah semakan bantuan bingkas rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 FASA 1 : SEMAK SEKARANG
MANFAAT BANTUAN MYKAD BINGKAS RM300 SETIAP BULAN
Berikut merupakan manfaat daripada Bantuan BINGKAS kepada penerima :
- E-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya yang berdaftar;
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (scan e-Wallet);
- RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas;
- Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan; dan
- E-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
CARA MENGGUNKAN BANTUAN MYKAD BINGKAD RM300 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan cara menggunakan Bantuan BINGKAS yang disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet seperti di bawah :
- Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS (rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
- Tekan butang PAY pilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran.
- Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
- Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
KATEGORI BANTUAN BINGKAS RM300 SETIAP BULAN
Berikut merupakan senarai kategori barangan yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan BINGKAS :
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Ubat-ubatan
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang (Bayi / dewasa)
- Barangan persekolahan
- Perihal pendidikan.
SEMAKAN BANTUAN MYKAD BINGKAS RM300 SETIAP BULAN 2024
Sekiranya anda telah berdaftar dengan Bantuan BINGKAS, anda boleh membuat semakan seperti berikut :
- Untuk semakan, klik pada pautan Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian BINGKAS : 1800-22-6600
- E-mel : [email protected]
- Website : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bingkasselangor.com/.