REGISTER BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : MOHON SEKARANG

REGISTER BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : MOHON SEKARANG

Yayasan MyKasih ditubuhkan oleh NGO tempatan bagi membantu keluarga serta pelajar miskin dan telah mendapat perhatian dan peruntukan daripada Kerajaan untuk menyalurkan bantuan setiap bulan kepada rakyat yang memerlukan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah register bantuan mykasih rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD BINGKAS RM300 SETIAP BULAN : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan Mykasih RM100 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

KADAR PERUNTUKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

Bagi tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN

Kerajaan telah mula menyalurkan Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima bermula pada 22 Januari 2024 dan pada bulan seterusnya adalah bermula 1 hari bulan sehingga bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024 dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.

REGISTER BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara daftar bantuan MyKasih RM100 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  3. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  4. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

Leave a Comment