SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterisnya Puan Sri Jean yang mula memperkenalkan Mykasih seawal tahun 2009. Namun pada tahun 2023, Kerajaan mula memperuntukan bantuan melalui Mykasih untuk membantu golongan miskin tegar. Bagi tahun 2024 pula, Kerajaan telah memperluaskan pemberian bantuan melalui Mykasih.
Bagaimanakah semakan bantuan mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKASIH
Pelbagai bantuan yang disalurkan melalui program Mykasih untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar. Antara bantuan yang disalurkan melalui Mykasih oleh Kerajaan ialah Sumbangan Asas Rahmah yang ditambahbaik bagi tahun 2024.
BAGAIMANAKAH KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2024
Kaedah pelaksanaan Bantuan Mykasih adalah berbeza mengikut negeri penerima iaitu untuk penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia akan dikreditkan melalui kad pengenalan setiap bulan untuk membeli barangan keperluan. Namun, bagi penerima di negeri Sabah dan Sarawak akan menerima secara tunai atau melalui akaun bank yang didaftarkan selama dua kali setahun.
BILAKAH TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2024
Pelaksanaan Bantuan Mykasih untuk penerima di Semenanjung Malaysia adalah bermula pada 22 Januari 2024 dan setiap bulan (Januari – Disember) sehingga 1 Disember 2024. Pelaksanaan untuk penerima di Sabah dan Sarawak pula akan bermula pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 (dua kali setahun sahaja).
BERAPAKAH KADAR PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH 2024
Kasar pemberian Bantuan Mykasih adalah tertakluk kepada kelayakan kategori seperti berikut :
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi Rumah berkeluarga akan menerima RM1,200 setahun.
- Warga Emas tiada pasangan juga akan menerima RM1,200 setahun.
- Bujang pendapatan rendah atau bujang OKU akan menerima RM600 setahun.
- Kategori Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah berkeluarga akan menerima RM300 setahun.
- Warga Emas tiada pasangan akan menerima RM150 setahun.
- Bujang juga akan menerima RM150 setahun.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2024
Untuk semakan kelayakan, pemohon perlu menyemak melalui portal rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]
Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.