SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Digabungkan dalam satu bantuan yang dipanggil Bantuan Tunai Rahmah yang disalurkan secara tunai dan tanpa tunai oleh Kerajaan bagi tahun 2024. Bantuan Tunai Rahmah disalurkan mencecah sehingga RM3,700 untuk seisi keluarga sepanjang tahun.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan tunai rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN TUNAI RAHMAH

Bantuan Tunai Rahmah adalah gabungan antara dua bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan sepanjang tahun 2024 bagi membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan pendapatan serdahana.

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Jumlah Bantuan Tunai Rahmah disalurkan mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah berkeluarga pendapatan RM2,500 ke bawah :
SUMBANGAN TUNAI
RAHMAH (STR)
SUMBANGAN ASAS
RAHMAH (SARA)
RM1,000 (Tiada anak)RM1,200 / RM300
RM1,500 (1-2 anak)RM1,200 / RM300
RM2,000 (3-4 anak)RM1,200 / RM300
RM2,500 (5 ke atas)RM1,200 / RM300
*Hanya penerima yang berdaftar di bawah e-Kasih akan menerima RM1,200 dan yang tidak berdaftar akan menerima RM300 sahaja.
  • Kategori Isi Rumah berkelaurga pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
SUMBANGAN TUNAI
RAHMAH (STR)
SUMBANGAN ASAS
RAHMAH (SARA)
RM500 (Tiada anak)RM300
RM750 (1-2 anak)RM300
RM1,000 (3-4 anak)RM300
RM1,250 (5 ke atas)RM300
  • Kategori Warga Emas tiada pasangan :
SUMBANGAN TUNAI
RAHMAH (STR)
SUMBANGAN ASAS
RAHMAH (SARA)
RM600RM1,200 / RM150
*Hanya penerima yang berdaftar di bawah e-Kasih akan menerima RM1,200 dan yang tidak berdaftar akan menerima RM150 sahaja.
  • Kategori Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah :
SUMBANGAN TUNAI
RAHMAH (STR)
SUMBANGAN ASAS
RAHMAH (SARA)
RM350RM600 / RM150
*Hanya penerima yang berdaftar di bawah e-Kasih akan menerima RM600 dan yang tidak berdaftar akan menerima RM150 sahaja.

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Penerima akan menerima Bantuan Tunai Rahmah secara berperingkat dan berfasa seperti tarikh berikut :

SUMBANGAN TUNAI
RAHMAH (STR)
SUMBANGAN ASAS
RAHMAH (SARA)
Fasa 1 : 29/01/2024 – 02/02/2024.
2 : April 2024
3 : Ogos 2024
4 : November 2024
Semenanjung Malaysia :
Setiap bulan bermula
22/01/2024
sehingga
01/12/2024.

Sabah dan Sarawak :
Dua kali setahun
19/02/2024
dan
12/08/2024
*Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah tertakluk kepada pindaan semasa.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Pemohon boleh membuat semakan penerima yang layak Bantuan Tunai Rahmah pada pautan rasmi seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment