SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Pelbagai inisiatif bantuan yang dilancar oleh Kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan disamping membantu meringankan bebanan kos sara hidup dengan membekalkan bantuan khas untuk pembelian keperluan asas RM300 setiap bulan yang diperuntukkan kepada seramai 30,000 keluarga yang layak.

Bagaimanakah semakan bantuan pembelian keperluan asas rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS RM300 SEBULAN : SEMAK SEKARANG

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN

Bantuan RM300 setiap bulan ini akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet dalam akaun SELANGKAH (BINGKAS) dan pembayaran setiap pembelian hanya menggunakan e-Wallet (tanpa tunai) di kedai-kedai dan pasaraya yang berdaftar dengan bantuan ini.

SENARAI BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN

Hanya senarai keperluan asas di bawah yang telah diluluskan untuk membuat pembelian dengan menggunakan bantuan RM300 :

  1. KEPERLUAN ASAS DAPUR :
    • Beras.
    • Mi dan Bihun.
    • Roti.
    • Biskut.
    • Telur.
    • Gula dan garam.
    • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
    • Tepung.
    • Minyak masak.
    • Ubat-ubatan.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
    • Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  2. KEPERLUAN ASAS LAIN :
    • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
    • Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  3. KEPERLUAN ASAS PENDIDIKAN :
    • Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
    • Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

KAEDAH PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2024

Berikut adalah kaedah pembelian keperluan asas dengan menggunakan bantuan RM300 seperti di bawah :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di atas).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

SEMAKAN BANTUAN PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS RM300 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan bantuan pembelian keperluan asas RM300 di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi bingkasselangor.com
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Informasi di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment