SEMAKAN BANTUAN RM1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN RM1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Untuk memudahkan rakyat menerima bantuan tunai, Kerajaan menyediakan inisiatif bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan dapur dan pembayaran hanya dengan MyKad sahaja di kedai-kedai dan pasaraya seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan bantuan rm1200 mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN SARA HIDUP RM1200 : SEMAK STATUS SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM1200 MYKAD

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan bernilai RM1,200 dalam Mykad :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN RM1200 MYKAD

Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.

*Boleh dibeli di kedai-kedai dan pasaraya terpilih.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN RM1200 MYKAD

Bantuan RM1,200 akan disalurkan secara ansur selama 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas seperti berikut :

  1. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad dengan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan.

SEMAKAN BANTUAN RM1200 MYKAD 2024

Untuk semakan Bantuan RM1,200 hendaklah disemak pada Portal Rasmi Semakan dengan Nombor MyKad penerima seperti berikut :

  1. Sila layari pautan semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (berkaitan Sumbangan Asas Rahmah). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN RM1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment