TERKINI BANTUAN KEWANGAN RM300 UNTUK B40 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

TERKINI BANTUAN KEWANGAN RM300 UNTUK B40 2024 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

Khusus untuk B40 yang berpendapatan di garis kemiskinan bandar, Kerajaan negeri telah melancarkan bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi keluarga B40 terutamanya mempunyai ramai tanggungan.

Bagaimanakah semakan terkini bantuan kewangan rm300 untuk b40 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN AM PERSEKUTUAN RM350 SEBULAN : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

APA ITU BANTUAN KEWANGAN UNTUK B40 2024

Bantuan Kewangan adalah merupakan bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor khas untuk B40 demi meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup meningkat.

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN KEWANGAN 2024

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM108 juta setiap tahun khas untuk 30,000 individu daripada golongan B40 yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan setiap individu akan menerima RM300 setiap bulan.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN KEWANGAN RM300 UNTUK B40 2024

Pengkreditan bantuan kewangan sebanyak RM300 kepada penerima yang telah berdaftar adalah mengikut tarikh kelulusan permohonan yang ditetapkan dan penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan selama tempoh 12 bulan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK B40 2024

Penyaluran bantuan kewangan RM300 setiap bulan kepada B40 yang layak adalah melalui kaedah tanpa tunai (cashless) iaitu transaksi melalui aplikasi e-Dompet di dalam telefon bimbit penerima khas untuk digunakan membeli barangan keperluan tanpa tunai.

SEMAKAN BANTUAN KEWANGAN RM300 UNTUK B40 2024

Untuk mengetahui kelayakan penerima, sila semak melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman rasmi di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama bantuan, sila klik pada [Semak Status].
  3. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit pemohon yang telah didaftarkan.
  4. Masukkan juga kata laluan pemohon dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada [Log Masuk].
  6. Status pemohon yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment