SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 100 SEBULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 100 SEBULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Bagi memenuhi keperluan barangan asas rakyat, Kerajaan meneruskan pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah setiap bulan sepanjang tahun 2024 iaitu selama 12 bulan kepada lebih 700,000 rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah semakan bantuan sumbangan asas rahmah 100 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN KHAS RM2000 : CHECK SEKARANG

APAKAH SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 100 SEBULAN 2024

Syarat kelayakan bagi penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang bernilai RM100 sebulan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 100 SEBULAN 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan.

BAGAIMANAKAH CARA PENERIMAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 100 SEBULAN

Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

BAGAIMANAKAH CARA PEMAKLUMAN PENERIMA

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

DIMANAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih yang mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

APAKAH BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG BOLEH DIBELI

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

BILAKAH TARIKH LUPUT BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 100 SEBULAN 2024

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 100 SEBULAN 2024

Ikuti cara semakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah di Portal Rasmi seperti berikut :

PORTAL RASMI SEMAKAN
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan semakan sara di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment