SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 BERMULA HARI INI : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 BERMULA HARI INI : CHECK STATUS SEKARANG

Bermula hari ini pada 29 Ogos 2024 (Khamis), setiap pemohon boleh mula membuat semakan Bantuan Tunai STR Fasa tiga (3) yang dijadualkan akan dikreditkan kepada penerima secara berperingkat mengikut akaun bank penerima.

Bagaimanakah semakan bantuan tunai str fasa 3 bermula hari ini? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR RM1200 FASA 3 : CHECK SEKARANG

TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 BERMULA HARI INI

Menurut jadual yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF), pengkreditan bantuan tunai STR fasa tiga (3) adalah bermula pada hari ini khusus kepada penerima sedia ada, namun bantuan akan dikreditkan secara berperingkat sehingga 6 September 2024.

Bagi penerima yang baharu dan penerima rayuan pula, bantuan tunai STR fasa ketiga (3) akan dikreditkan bermula pada 18 September 2024 dan secara berperingkat sehingga pada 20 September 2024.

CARA PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Pengkreditan bantuan tunai STR adalah melalui dua (2) cara iaitu bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif, bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun. Namun, bantuan tunai akan diberikan di kaunter Bank Simpanan Nasional bagi penerima yang tidak mempunyai akaun.

WAKTU KREDIT BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 BERMULA HARI INI

Bantuan tunai STR fasa ketiga (3) akan dikreditkan mengikut waktu yang ditetapkan setiap jenis bank penerima seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 BERMULA HARI INI

Ikuti cara semakan bantuan tunai STR fasa tiga (3) hari ini seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad].
  3. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik pula pada butang [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment