SEMAKAN CARUMAN TAMBAHAN RM500 KE DALAM AKAUN 1 KWSP 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN CARUMAN TAMBAHAN RM500 KE DALAM AKAUN 1 KWSP 2024 : CHECK SEKARANG

Peruntukan sebanyak RM1 billion oleh Kerajaan untuk disumbangkan kepada 2juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur antara 40 dan bawah 55 tahun sebanyak RM500 secara one-off kepada yang mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM10,000 ke bawah di dalam akaun 1.

Bagaimanakah semakan caruman tambahan rm500 ke dalam akaun 1 kwsp? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI RM20000 BINA RUMAH MESRA RAKYAT : DAFTAR SEKARANG

TUJUAN CARUMAN TAMBAHAN RM500

Bertujuan untuk menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka. Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

SYARAT KELAYAKAN CARUMAN TAMBAHAN RM500 KE DALAM AKAUN 1 KWSP

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk penerima caruman tambahan sebanyak RM500 ke dalam akaun 1 KWSP seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 40 hingga 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan KWSP akaun 1 RM10,000 ke bawah.

SEMAKAN CARUMAN TAMBAHAN RM500 KE DALAM AKAUN 1 KWSP 2024

Ikuti cara semakan caruman tambahan yang disalurkan sebanyak RM500 ke dalam akaun 1 KWSP seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi KWSP; atau klik pautan KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.
  2. Pada halaman utama KWSP, sila pilih (Saya Ahli i-Akaun) dan klik pada butang [Log Masuk].
  3. Seterusnya, masukkan [USER ID] iaitu nombor kad pengenalan anda tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Klik butang [Next].
  5. Masukkan kata laluan dengan betul.
  6. Kemudian, klik butang [Login].
  7. Seterusnya, tekan pada [MY ACCOUNT].
  8. Maklumat penyata akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi KWSP : 03-89226000 (Masa Operasi Panggilan: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang)

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

3 thoughts on “SEMAKAN CARUMAN TAMBAHAN RM500 KE DALAM AKAUN 1 KWSP 2024 : CHECK SEKARANG”

  1. Assalamualaikum. Nak Tanya, bagaimana ye nak buat permohonan untuk caruman bantuan kwsp 500 ni ye? Kwsp saya tak sampai rm2500. Setakat ni saya hanya dapat bantuan str. Saya ibu tunggal. Bantuan bulanan makanan rm100 Yang dikreditkan ke i.c itu juga saya tak dapat. Bagaimana ya untuk saya buat permohonan.?

    Reply

Leave a Comment