JUMLAH RASMI BAYARAN STR FASA 1 2024 : SEMAK SEKARANG
Sumbangan Tunai Rahmah atau ringkasnya ialah STR merupakan bantuan tunai yang disalurkan kepada rakyat merangkumi semua kategori termasuk isi rumah yang berkeluarga, bujang dan juga warga emas. Bantuan STR disalurkan secara berperingkat dan berfasa.
Berapakah jumlah rasmi bayaran str fasa 1 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN WARGA EMAS RM500 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG
SENARAI PENERIMA BANTUAN STR 2024
Jadual di bawah merupakan senarai penerima bantuan STR bagi tahun 2024 seperti :
PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 ke bawah | 3.1j penerima |
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 hingga RM5,000 | 1.0j penerima |
Warga emas tiada pasangan pendapatan bawah RM5,000 | 1.3j penerima |
Bujang pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah | 3.3j penerima |
JUMLAH BANTUAN STR 2024
Berikut merupakan jumlah keseluruhan bantuan STR bagi tahun 2024 mengikut kategori yang ditetapkan seperti :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah (Asas) pendapatan RM2,500 ke bawah | -RM1,000 (0 anak) -RM1,500 (1-2 anak) -RM2,000 (3-4 anak) -RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah (Asas) pendapatan RM2,501 – RM5,000 | -RM500 (0 anak) -RM750 (1-2 anak) -RM1,000 (3-4 anak) -RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas tiada pasangan | RM600 |
Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 |
JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2024
Berikut merupakan jumlah bantuan STR Fasa 1 bagi tahun 2024 seperti :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 1 |
---|---|
Isi Rumah (Asas) pendapatan RM2,500 ke bawah | -RM500 (0 anak) -RM500 (1-2 anak) -RM500 (3-4 anak) -RM500 (5 ke atas) |
Isi Rumah (Asas) pendapatan RM2,501 – RM5,000 | -RM100 (0 anak) -RM150 (1-2 anak) -RM250 (3-4 anak) -RM300 (5 ke atas) |
Warga Emas tiada pasangan | RM150 |
Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah | RM100 |
SEMAKAN JUMLAH RASMI BAYARAN STR FASA 1 2024
Ikuti cara semakan bantuan STR Fasa 1 bagi tahun 2024 di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas adalah diambil daripada Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dan Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Semoga bermanfaat, terima kasih.