SEMAKAN JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Jumlah bayaran Bantuan Tunai STR yang akan diterima pada fasa keempat (4) adalah berbeza bagi setiap penerima kerana ianya dibayar mengikut kelayakan dengan jumlah bermula RM100 sehingga RM700. Namun jumlah yang dibayar kepada penerima baharu pula berbeza.
Bagaimanakah semakan jumlah bayaran bantuan tunai str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI STR BUJANG RM100 FASA 4 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Penerima sedia ada yang terdiri daripada kategori isi rumah dan bujang akan menerima jumlah bayaran Bantuan Tunai STR fasa keempat (4) seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :
- Tiada Anak : RM200.
- 1 – 2 Anak : RM350.
- 3 – 4 Anak : RM500.
- 5 ke atas : RM700.
- Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
- Tiada Anak : RM150.
- 1 – 2 Anak : RM200.
- 3 – 4 Anak : RM250.
- 5 ke atas : RM350.
- Kategori Bujang :
- Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun :
- RM100.
- Bujang Berumur 60 tahun ke atas (Warga emas) :
- RM150.
*Jumlah di atas adalah khas untuk penerima sedia ada sahaja. Penerima baharu dan rayuan akan menerima jumlah bantuan yang berbeza dan perlu membuat semakan jumlah bayaran di Portal Rasmi di bawah.
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Bagi yang ingin mengetahui jumlah bayaran Bantuan Tunai STR yang akan diterima fasa keempat (4), ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama STR 2024 akan dipaparkan.
- Isikan ruangan [No. Kad Pengenalan] mengikut format yang dinyatakan.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Di bahagian pengesahan, klik butang [Semak].
- Skrin akan memaparkan ‘Frasa Keselamatan‘ pemohon.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Seterusnya, klik pula pada butang [Log Masuk].
- Bahagian utama akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Semua penerima akan menerima bayaran Bantuan Tunai STR fasa keempat (4) pada tarikh seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada : Bermula 07 November 2024 (Khamis);
- Penerima Baharu dan Rayuan : Bermula 07 November 2024 (Khamis);
- Pedalaman Sabah dan Sarawak : Bermula 07 November 2024 (Khamis).
Secara berperingkat mengikut bank setiap penerima yang mengambil masa sekitar tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
MASA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Bermula pada 07 November 2024 (Khamis), Bantuan Tunai STR Fasa empat (4) boleh mula diambil di kaunter Bank Simpanan Nasional dan akan dimasukkan secara berperingkat mengikut bank penerima seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :