SEMAKAN STR FASA 4 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dibuka untuk semakan, kemaskini permohonan sedia ada dan juga permohonan baharu. Setiap penerima kini boleh mengetahui status bayaran STR fasa empat (4) dengan membuat semakan di Portal Rasmi STR sahaja.
Bagaimanakah semakan str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 : CHECK STATUS SEKARANG
PORTAL RASMI SEMAKAN STR 2024
Untuk semakan hanya boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI STR 2024 |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA SEMAKAN STR FASA 4 2024
Ikuti cara semakan STR fasa empat (4) seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR di atas.
- Halaman utama STR 2024 akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 4 2024
Berikut merupakan kelayakan penerima STR :
- Isi Rumah :
- Berpasangan atau ibubapa tunggal;
- Ada atau tiada anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Warga Emas :
- Berpasangan atau ibubapa tunggal atau bujang;
- Tiada tanggungan;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Belum berkahwin atau kematian pasangan atau cerai;
- Tiada anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
*Hanya rakyat yang melepasi tapisan kelayakan di atas akan layak menerima Bantuan STR.
TARIKH STR FASA 4 2024 DISALURKAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa keempat (4) akan disalurkan bermula pada 7 November 2024, Khamis (esok) di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan secara berperingkat ke dalam akaun bank setiap penerima.
JUMLAH STR FASA 2024 DISALURKAN
Fasa terakhir (fasa empat) akan disalurkan mengikut baki bayaran fasa satu, kedua dan ketiga kepada penerima sedia ada seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 : RM200 hingga RM700 (bergantung bilangan anak).
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM5,000 : RM150 hingga RM350 (bergantung bilangan anak).
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM150.
- Bujang : RM100.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.