SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN B40 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN B40 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

Menginsafi kesusahan yang dihadapi rakyat terutamanya golongan B40 mempunyai pendapatan yang rendah, Kerajaan memperuntukan pelbagai bantuan tunai untuk disalurkan sepanjang tahun ini. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk tunai untuk kegunaan semasa rakyat.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN B40 2024

Bantuan B40 adalah merupakan bantuan yang disalurkan khas kepada golongan B40 sepanjang tahun ini secara tunai. Antara bantuan-bantuan yang disalurkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah dengan kadar jumlah yang berbeza setiap kategori penerima.

KADAR JUMLAH BANTUAN B40 2024

Bantuan yang disalurkan kepada penerima B40 adalah mengikut kadar setiap kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
BILANGAN ANAKKADAR JUMLAH
BANTUAN
Tiada anakRM1,300 atau RM2,200
1 – 2 anakRM1,800 atau RM2,700
3 – 4 anakRM2,300 atau RM3,200
5 ke atasRM2,800 atau RM3,700
*Kadar jumlah bantuan adalah tertakluk kepada kelayakan penerima.
  • Kategori Warga Emas :
KADAR JUMLAH BANTUAN
RM750 atau RM1,800
*Tertakluk kepada kelayakan penerima.
  • Kategori Bujang :
KADAR JUMLAH BANTUAN
RM500 atau RM950
*Tertakluk kepada kelayakan penerima.

TARIKH BAYARAN BANTUAN B40 2024

Pembayaran bantuan kepada golongan B40 adalah berbeza setiap negeri penerima seperti tarikh berikut :

NEGERI PENERIMATARIKH BAYARAN
BANTUAN
SUMBANGAN
TUNAI RAHMAH
TARIKH BAYARAN
BANTUAN
SUMBANGAN
ASAS RAHMAH
K.Lumpur, Selangor,
Putrajaya,
Johor, Melaka,
Perlis, Perak, Kedah,
P.Pinang, Pahang,
Kelantan, Terengganu, N.Sembilan
-Februari 2024
-April 2024
-Ogos 2024
-November 2024
Setiap bulan
bermula pada
Januari 2024
hingga
Disember 2024
Sabah, Sarawak dan
Labuan
-Februari 2024
-April 2024
-Ogos 2024
-November 2024
Dua kali setahun
pada
Februari 2024
dan
Ogos 2024

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN B40 2024

Ikuti cara semakan kelayakan penerima bantuan di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Hotline SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment