SEMAKAN KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Para pencarum KWSP yang memerlukan pengeluaran untuk kegunaan tertentu adalah dibenarkan oleh pihak KWSP tanpa perlu menunggu hari pesaraan dengan jumlah Minimum pengeluaran sebanyak RM3,000. Lebih 4 juta pencarum telahpun memanfaatkan pengeluaran ini.

Bagaimanakah semakan kelayakan pengeluaran khas KWSP RM3000? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SKIM RM1200 UNTUK PENERIMA STR : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

SENARAI PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 2024

Untuk memudahkan para pencarum KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan PENGELUARAN PENUH atau PENGELUARAN SEBAHAGIAN daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Terdapat 2 kategori pengeluaran iaitu :

  1. Pengeluaran Sebahagian :
    • Umur 50.
    • Pendidikan.
    • Beli Rumah.
    • Bina Rumah.
    • Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
    • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
    • Perumahan Fleksibel.
    • Perumahan PR1MA.
    • Haji.
    • Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta.
  2. Pengeluaran Penuh :
    • Umur 55.
    • Umur 60.
    • Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan.
    • Hilang Upaya.
    • Meninggalkan Negara.
    • Kematian.

HAD PENGELUARAN KHAS KWSP 2024

Pengeluaran khas KWSP mempunyai had yang tertentu mengikut kegunaan dan kelulusan daripada pihak bank iaitu had minimum adalah sebanyak RM3,000 manakala had maksimum adalah RM50,000. Namun, had pengeluaran juga tertakluk kepada kelayakan pemohon.

SENARAI INSTITUSI BANK UNTUK PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 2024

Berikut merupakan senarai institusi bank yang terlibat untuk pengeluaran khas KWSP :

  • MBSB Bank.
  • CIMB Bank.
  • Maybank.
  • Bank Simpanan Nasional.
  • Bank Muamalat.

SEMAKAN KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 2024

Bagaimanapun untuk mengetahui status kelayakan pengeluaran khas KWSP, pemohon perlu membuat semakan status kelayakan pada portal rasmi KWSP seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
  2. Kemudian, lihat pada paparan pengeluaran.
  3. Pilih jenis pengeluaran yang anda inginkan.
  4. Seterusnya, klik pada pengeluaran yang anda inginkan dan semak status kelayakan yang diperlukan.
  5. Status kelayakan pengeluaran akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment