SEMAKAN MYKASIH 2025 – BANTUAN BULANAN KERAJAAN UNTUK BARANGAN DAPUR
Dalam usaha meringankan beban rakyat, kerajaan telah melancarkan Program MyKasih 2025, yang menyediakan bantuan bulanan sehingga RM200 bagi pembelian barangan asas seperti beras, minyak masak, telur, dan susu.
Artikel ini bertujuan untuk menerangkan cara semakan MyKasih 2025, jumlah bantuan yang ditawarkan, serta cara menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di pasar raya terpilih tanpa perlu menggunakan wang tunai.
Baca Juga : BANTUAN STR FASA 3 (SEMAKAN STATUS PENERIMA)
APA ITU PROGRAM MyKASIH 2025
Program MyKasih merupakan inisiatif kerjasama antara kerajaan Malaysia dan MyKasih Foundation, yang membolehkan penerima yang layak mendapatkan bantuan bulanan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad di pasar raya dan kedai runcit terpilih. Bantuan ini diagihkan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, dengan nilai bantuan yang berbeza antara RM50 hingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori penerima.
SYARAT KELAYAKAN MyKASIH 2025
Untuk layak menerima bantuan bulanan MyKasih, individu perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Tersenarai dalam eKasih (Miskin Tegar / Miskin).
- Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan (B40).
- Tiada permohonan manual diperlukan; kelayakan akan dikemaskini secara automatik berdasarkan data STR dan eKasih.
CARA SEMAKAN MyKASIH 2025
Kerajaan telah menyediakan dua kaedah rasmi untuk semakan kelayakan bantuan bulanan MyKasih 2025 :
- Semakan Melalui Portal Rasmi STR
- Layari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor MyKad
- Klik “Semak”
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Semakan Melalui Portal MyKasih
- Layari : https://www.mykasih.com.my/
- Klik “Semakan Status”
- Masukkan nombor MyKad
- Klik “Semak”
- Status Kelayakan akan dipaparkan
JUMLAH BANTUAN MyKasih 2025
Bantuan bulanan melalui MyKasih 2025 adalah seperti berikut :
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan Bulanan | Jumlah Setahun |
---|---|---|
Isi Rumah (eKasih & STR) | RM100 – RM200 | RM1,200 – RM2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih & STR) | RM100 – RM150 | RM1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM50 | RM600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | RM100 | RM900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | RM50 | RM450 |
SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI DENGAN MyKASIH
Antara barangan asas yang dibenarkan termasuk :
- Beras, minyak masak, gula, tepung, garam
- Telur, ayam, ikan, sayur, buah-buahan tempatan
- Susu, minuman segera (milo, teh, kopi)
- Sabun, syampu, ubat gigi, pencuci pakaian
Namun, rokok, minuman ringan, makanan segera, dan barangan mewah tidak dibenarkan.
SENARAI KEDAI YANG MENERIMA BANTUAN MyKASIH 2025
Penerima boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di :
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- KK Mart
- TMG Mart
- Pasar mini terpilih mengikut negeri
Semakan lengkap kedai boleh dilakukan di laman rasmi Mykasih
KESIMPULAN
Program MyKasih 2025 merupakan inisiatif bantuan bulanan kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam membeli keperluan asas secara berterusan tanpa perlu menggunakan wang tunai. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan semakan status kelayakan MyKasih dilakukan secara dalam talian dan merancang pembelian menggunakan MyKad di pasar raya terpilih.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline : (603)- 7720 1800
- Emel : [email protected]