SEMAKAN MYSTR FASA 1 2025 : SEMAK SEKARANG
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 adalah satu inisiatif yang dirancang untuk memberikan bantuan kewangan langsung kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah, bagi meringankan beban hidup mereka.
Program ini dijangka dilancarkan pada tahun 2025 sebagai lanjutan daripada usaha-usaha terdahulu yang bertujuan mengurangkan jurang pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dengan tumpuan kepada keluarga yang memerlukan, Sumbangan Tunai Rahmah 2025 akan menyalurkan bantuan kewangan secara terus kepada penerima yang layak, memudahkan mereka untuk memenuhi keperluan asas harian.
BANTUAN TERKINI KERAJAAN 2025 : PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
JADUAL BAYARAN STR 2025
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan STR Fasa 1 masih belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
KADAR BAYARAN MYSTR FASA 1 2025
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
SEMAKAN MYSTR FASA 1 2025
Berikut adalah langkah-langkah terperinci untuk membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 melalui portal rasmi:
- Layari Portal Rasmi STR
- Kunjungi portal rasmi STR di pautan berikut:
- https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Paparan Halaman Utama
- Setelah halaman utama portal dipaparkan, klik pada butang [TUTUP] untuk memadam pemakluman terkini yang mungkin muncul.
- Masuk ke Bahagian [MySTR]
- Pergi ke bahagian kanan halaman dan cari ruangan [MySTR].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan nombor kad pengenalan anda yang terdiri daripada 12 digit tanpa menggunakan sengkang (-).
- Klik Butang [Log Masuk]
- Setelah memasukkan nombor kad pengenalan, tekan butang [Log Masuk].
- Pengesahan Nombor Kad Pengenalan
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk mengesahkan nombor kad pengenalan yang dimasukkan.
- Frasa keselamatan akan dipaparkan
- Jika frasa tersebut betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Klik [Log Masuk]
- Setelah memasukkan kata laluan, klik butang [Log Masuk] dan profil pemohon akan dipaparkan.
- Semakan Permohonan
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan] untuk melihat status permohonan STR anda.
- Maklumat Bayaran
- Tekan pada bahagian [Maklumat Bayaran] untuk melihat status kelayakan dan bayaran STR anda.
- Selesai
- Setelah selesai, status kelayakan dan bayaran STR akan dipaparkan untuk rujukan anda.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat melakukan semakan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dengan mudah.
TALIAN BANTUAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf