PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Kerajaan akan menambah baik pelaksanaan program Bantuan MyKasih dalam MyKad pada tahun 2025 sebagai sebuah bantuan subsidi bersasar kepada rakyat Malaysia bagi membantu mengangkat taraf ekonomi khusus rakyat miskin dan juga bukan miskin.
Bagaimanakah permohonan bantuan mykasih mykad rm100 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LOGIN SARA ONE OFF SEMAKAN STATUS (DUIT BAYARAN RM300/RM150)
MANFAAT BANTUAN MYKASIH MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2025
Berikut merupakan manfaat-manfaat daripada Bantuan MyKasih dalam MyKad :
- Bantuan MyKasih akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan;
- Pengkreditan adalah secara automatik ke dalam MyKad mengikut tarikh yang ditetapkan;
- Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas;
- Pembelian adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan MyKad;
- Penggunaan MyKad adalah selamat kerana mempunyai 6-digit nombor PIN yang hanya akan diketahui oleh pemegang MyKad;
- Had pembelian RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN MYKASIH MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2025
Antara syarat kelayakan untuk memohon Bantuan MyKasih MyKad RM100 setiap bulan adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (kategori isi rumah);
- Isi rumah berpasangan (ada atau tiada anak); atau
- Isi rumah tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 atau bawah RM5,000 sebulan;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2025
Ikuti panduan permohonan Bantuan MyKasih MyKad RM100 setiap bulan secara atas talian (online) seperti berikut :
- Layari portal permohonan rasmi di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
- Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya permohonan telah dibuat dan diluluskan, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
PENDAFTARAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2025
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Saya Mohon Dapatkan Bantuan My Kasih,
Kenapa sekarang saya x pernah dapat bantuan my kasih da padahal tahun sebelum dapat je🥺