SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kaedah penyaluran bantuan tanpa tunai yang disalurkan melalui MyKad penerima adalah inisiatif yang berkesan kerana dapat memudahkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang layak menerima bantuan serta memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan tersebut.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 100 setiap bulan mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS : DAFTAR ONLINE SEKARANG

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024

Penerima yang layak akan menerima bantuan RM100 setiap bulan secara berperingkat bermula pada 22 Januari 2024 dan pada bulan seterusnya adalah pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran terakhir adalah pada 1 Disember 2024.

BILAKAH TARIKH SAH LAKU PENGGUNAAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, tempoh sahlaku penggunaan bantuan dalam Mykad adalah sehingga 31 Disember 2024 dan akan luput secara automatik.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah khusus untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut 13 kategori barangan yang diluluskan (barangan keperluan asas yang terlibat dengan program bantuan akan dilabel untuk rujukan penerima) dan perlu dibayar menggunakan Mykad sahaja.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024

Bantuan RM100 setiap bulan yang disalurkan melalui MyKad adalah khas untuk Warganegara Malaysia yang beralamat di Semenanjung Malaysia serta berstatus miskin / miskin tegar yang merupakan kategori isi rumah berkeluarga dan warga emas tiada pasangan.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024

Pemohon hendaklah membuat semakan melalui laman web rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utaman laman rasmi MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment