CARA MOHON BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

CARA MOHON BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

Untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan asas setiap bulan, Kerajaan melancarkan bantuan khas untuk pembelian barangan asas sebanyak RM300 setiap bulan dan memperuntukan kepada seramai 30,000 rakyat Malaysia yang layak menikmati bantuan ini.

Bagaimanakah cara mohon bantuan 300 setiap bulan untuk pembelian barangan asas? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI BANTUAN BARANGAN ASAS 2024

Berikut merupakan senarai barangan asas yang diluluskan untuk pembelian dengan menggunakan bantuan RM300 setiap bulan :

BIL.SENARAI BARANGAN ASAS
1.KEPERLUAN ASAS
DAPUR
-Beras.
-Mi dan Bihun.
-Roti.
-Biskut.
-Telur.
-Gula dan garam.
-Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
-Tepung.
-Minyak masak.
-Ubat-ubatan.
-Sayur-sayuran dan buah-buahan.
-Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
-Produk tenusu (susu segar, susu tepung,
susu sejat dan susu pekat manis).
2.KEPERLUAN ASAS
KEBERSIHAN
-Sabun, kelengkapan mandian dan bahan
pencuci.
-Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
3.KEPERLUAN ASAS
PENDIDIKAN
-Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis,
pakaian seragam, dan sebagainya).
-Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS 2024

Bantuan yang bernilai RM300 setiap bulan khas untuk pembelian barangan asas akan disalurkan mengikut kaedah seperti berikut :

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN RM300
Akan disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet penerima
yang disahkan layak memohon.

KELEBIHAN MOHON BANTUAN 300 SETIAP BULAN

Berikut merupakan kelebihan yang bakal diperoleh sekiranya memohon bantuan ini :

  1. Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tidak perlu mengeluarkan tunai.
  3. RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  5. Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan RM300 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

CARA MOHON BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS 2024

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di atas, anda boleh membuat permohonan di laman rasmi seperti berikut :

PAUTAN LAMAN RASMI PERMOHONAN
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila layari pautan laman rasmi permohonan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
  3. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  4. Jika anda mempunyai akaun ‘Selangkah’, masukkan nombor telefon dan kata laluan.
  5. Kemudian, tekan [Log Masuk].
  6. Jika tiada akaun, sila tekan pautan [Daftar Sekarang] dan daftar untuk teruskan.
  7. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  8. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  9. Klik [Sahkan OTP].
  10. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  11. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  12. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  13. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  14. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  15. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  16. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  17. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  18. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  19. Tekan butang [Hantar].
  20. ‘Pendaftaran BINGKAS anda berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  21. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Sila sertakan dokumen-dokumen seperti di bawah berikut untuk membuat permohonan :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

1 thought on “CARA MOHON BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ASAS 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG”

Leave a Comment