SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 DALAM IC 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 DALAM IC 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Terdapat pertambahan penerima iaitu seramai 0.5 juta rakyat yang bakal menerima bantuan tunai bernilai RM1,200 dalam IC (Kad Pengenalan). Berbanding tahun lepas hanya terhad kepada 0.2 juta sahaja. Namun, Kerajaan ingin lebih ramai rakyat Malaysia yang dapat menikmati bantuan yang diberikan disamping dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1200 dalam ic? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN 1200 DALAM IC

Kerajaan mempunyai objektif khas dalam pemberian bantuan tunai bernilai RM1,200 ke dalam IC penerima adalah untuk memudahkan Kerajaan mengenalpasti penerima yang layak. Objektif lainnya adalah untuk memudahkan penerima menerima dan menggunakannya dengan mudah dan efisyen.

JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN 1200 DALAM IC 2024

Dalam Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri ke 10 telah menyatakan bahawa peruntukan untuk bantuan ini adalah sebanyak RM700 juta diperuntukan kepada 700,000 penerima dengan jumlah sehingga RM1,200 setiap penerima.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN 1200 DALAM IC 2024

Pemberian bantuan tunai sebanyak RM1,200 ke dalam IC adalah terhad kepada kategori isi rumah berkeluarga / ibubapa tunggal yang mempunyai anak dan juga kategori warga emas yang tiada pasangan. Dua kategori ini hendak berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin / miskin tegar bagi tahun 2024.

TARIKH KREDIT BANTUAN 1200 DALAM IC 2024

Seperti yang telah diumumkan pada awal tahun ini, bantuan sebanyak RM1,200 akan dikreditkan secara ansur setiap bulan kepada penerima berjumlah RM100 sebulan bermula pada 22 Januari 2024 setiap bulan sehingga kredit akhir pada 1 Disember 2024.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 DALAM IC 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima bantuan bernilai RM1,200 dalam IC di pautan semakan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor IC anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan M0alaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment