SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKASIH 2024 : CHECK SEKARANG
Hasil daripada penyasaran semula subsidi oleh Kerajaan dapat membantu lebih ramai golongan rentan mendapatkan bantuan tunai. Bantuan Mykasih ini adalah sebahagian daripada bantuan subsidi bersasar yang disalurkan sepanjang tahun 2024 kepada lebih ramai penerima.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1200 mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RM50 MYKAD : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024
Penerima Bantuan Mykasih terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu :
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Kategori Miskin Tegar : -Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa tunggal (yang mempunyai anak). -Warga Emas Tiada Pasangan. -Bujang / Balu / Janda / Duda yang (tidak mempunyai anak) | 0.2 juta |
Kategori Miskin : -Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa tunggal (yang mempunyai anak). -Warga Emas Tiada Pasangan. -Bujang / Balu / Janda / Duda yang (tidak mempunyai anak) | 0.5 juta |
Kategori Asas Bukan Miskin : -Isi Rumah Berkeluarga -Warga Emas -Bujang | 8.0 juta |
KADAR BANTUAN MYKASIH 2024
Bantuan Mykasih akan disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI MISKIN TEGAR | KATEGORI MISKIN EKASIH | KATEGORI ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
Isi Rumah : RM1,200 | Isi Rumah : RM1,200 | Isi Rumah : RM300 |
Warga Emas : RM1,200 | Warga Emas : RM1,200 | Warga Emas : RM150 |
Bujang : RM600 | Bujang : RM600 | Bujang : RM150 |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN 1200 MYKASIH 2024
Penyaluran bantuan Mykasih adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti tarikh berikut :
- Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
- Akan disalurkan secara ansur RM50 / RM100 setiap bulan bermula 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024.
- Penerima di negeri Sabah dan Sarawak :
- Akan disalurkan dua kali setahun RM300 / RM600 pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 MYKASIH 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan RM1,200 di portal rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Mykasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.