SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN AM PERSEKUTUAN RM350 SEBULAN 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Secara ringkasnya BAP atau Bantuan Am Persekutuan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan dengan tujuan untuk mengekalkan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan am persekutuan rm350 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET RM300 TERBARU : SEMAK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN AM PERSEKUTUAN 2024
Bantuan Am Persekutuan adalah merupakan bantuan yang diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Ia telah dibentangkan dalam belanjawan 2024 bahawa ia akan disalurkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
KADAR BANTUAN AM PERSEKUTUAN 2024
Bantuan Am Persekutuan mempunyai kadar yang telah ditetapkan berbeza untuk setiap penerima seperti berikut :
HAD KADAR | BILANGAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Minimum | Seorang | RM100 sebulan |
Maksimum | Sekeluarga | RM350 sebulan |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AM PERSEKUTUAN RM350 SEBULAN 2024
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk penerima bantuan Am Persekutuan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat :
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
*NOTA : Setiap negeri mempunyai program bantuan am negeri sendiri. Syarat kelayakan dan kadar bantuan tidak seragam di seluruh negeri, dan had bantuan juga berbeza-beza. Permohonan boleh dibuat ke jabatan kebajikan masyarakat jabatan yang berhampiran.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN AM PERSEKUTUAN RM350 SEBULAN 2024
Ikuti semakan nama penerima yang layak menerima bantuan Am Persekutuan di portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau klik di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index&id=YWpnMStLRm1RdzVNUTM1NVpZWnd4dz09.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
- Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
- Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Utama JKM : 03 – 8000 8000
- Faks JKM : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=cWZzb0pFRys1M0RoMktqUW5va0NVZz09.