SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bantuan dalam MyKad adalah khusus diberikan kepada B40 (Bottom 40%) atau golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia. Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad adalah untuk memudahkan Kerajaan mengenalpasti individu yang layak menerima bantuan sekaligus untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan tersebut.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan b40 dalam mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 : CHECK SEKARANG
KADAR BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024
Setiap penerima akan menerima kadar bantuan yang berbeza mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Golongan B40 Miskin Tegar :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM1,200 | RM1,200 | RM600 |
- Golongan B40 Miskin Serdahana :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM1,200 | RM1,200 | RM600 |
- Golongan B40 Asas Bukan Miskin :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM300 | RM150 | RM150 |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan tunai ke dalam Mykad kepada golongan B40 seperti tarikh berikut :
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN DALAM MYKAD |
---|
Januari 2024 Februari 2024 Mac 2024 April 2024 Mei 2024 Jun 2024 Julai 2024 Ogos 2024 September 2024 Oktober 2024 November 2024 Disember 2024 |
LANGKAH MENGGUNAKAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024
Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggunakan bantuan dalam Mykad :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan baki.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan B40 dalam Mykad di pautan seperti berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.