SEMAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 100 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 100 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Nilai bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan tersebut tidak dibenarkan untuk transaksi pengeluaran tunai, akan tetapi hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai berdaftar dan pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) menggunakan Mykad sahaja.

Bagaimanakah semakan penerima bayaran bantuan dalam mykad 100? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 2 : CHECK SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 100 2024

Adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Status berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Berdaftar sebagai penerima miskin atau miskin tegar; dan
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024.

TARIKH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 100 2024

Pembayaran bantuan dalam Mykad bernilai RM100 adalah mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

PERKARATARIKH
Bayaran bantuan dalam MyKad RM100Bermula pertengahan Januari 2024
dan bayaran seterusnya setiap
bulan pada 1 hari bulan sehingga
bayaran akhir pada 1 Disember 2024

MANFAAT PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 100 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diterima oleh penerima melalui bantuan dalam Mykad ini :

  1. Penerima boleh menggunakan MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas.
  2. Dikreditkan ke dalam Mykad penerima secara automatik setiap bulan.
  3. Had pembelian adalah sehingga RM1,200 setahun.
  4. Baki daripada bulan terdahulu boleh digunakan pada bulan seterusnya.
  5. Sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.

SEMAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 100 2024

Ikuti cara semakan penerima bayaran bantuan dalam Mykad di pautan di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi semakan penerima bayaran bantuan dalam Mykad pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment