SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 KERAJAAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 KERAJAAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

B40 dikenali sebagai Bottom 40 yang merupakan individu atau golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia. Oleh itu, Kerajaan komited untuk membantu rakyat Malaysia yang merupakan B40 dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan sepanjang tahun 2024 ini bagi membantu menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan b40 kerajaan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA FASA 3 : CHECK SEKARANG

SENARAI BANTUAN B40 KERAJAAN 2024

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan khas untuk golongan B40 oleh Kerajaan bagi tahun 2024 :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Skim Perubatan Madani (SPM).
  4. Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma).
  5. Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
  6. Program Rebat Elektrik.
  7. Program Jualan Rahmah.
  8. Bantuan Helmet Percuma.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN B40 KERAJAAN 2024

Pelaksaan bantuan-bantuan untuk B40 adalah berbeza mengikut kaedah seperti berikut :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Akan disalurkan secara tunai melalui akaun bank yang telah didaftarkan mengikut kadar setiap kategori seperti berikut :
      • Isi Rumah pendapatan RM2,500 ke bawah :
        • RM1,000 bagi yang tiada anak;
        • RM1,500 1 hingga 2 orang anak;
        • RM2,000 3 hingga 4 orang anak; dan
        • RM2,500 5 orang anak ke atas.
      • Warga Emas pendapatan bawah RM2,500 akan menerima sebanyak RM600.
      • Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350.
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Disalurkan secara tunai kepada penerima di Sabah dan Sarawak, manakal penerima di Semenanjung Malaysia akan menerima tanpa tunai ke dalam Mykad seperti kadar berikut :
      • Isi Rumah berkeluarga / ibubapa tunggal akan menerima RM1,200 setahun;
      • Warga emas tiada pasangan akan menerima RM1,200; dan
      • Bujang akan menerima RM600 setahun.
  3. Skim Perubatan Madani (SPM) :
    • Penerima yang layak boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI mengikut jumlah seperti :
      • Isi Rumah berkeluarga : RM250.
      • Warga Emas tiada pasangan : RM125.
      • Bujang : RM75.
  4. Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma) :
    • Program MyLesen iaitu bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu (ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan).
  5. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
    • Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada semua murid sekolah yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun.
  6. Program Rebat Elektrik :
    • Program Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar.
  7. Program Jualan Rahmah :
    • Memperluas Program Jualan Rahmah penawaran barangan keperluan asas pada harga sehingga 30% lebih rendah ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
  8. Bantuan Helmet Percuma :
    • Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu termasuk agihan percuma untuk kanak-kanak.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 KERAJAAN 2024

Setiap bantuan yang ditawarkan mempunyai laman rasmi untuk semakan. Ikuti cara semakan nama penerima bantuan B40 oleh Kerajaan seperti berikut :

  • Semakan status penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Semakan status penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Semakan nama penerima bantuan Skim Perubatan Madani (SPM) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Skim Perubatan MADANI di sini : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Tick pada [I’m not a robot].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

MOF : https://www.mof.gov.my/portal/ms/hubungi.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment