SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM300 SEBULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Selain bantuan yang disalurkan secara sekaligus, ada juga bantuan yang disalurkan setiap bulan mengikut kadar jumlah yang ditetapkan setiap bantuan khas kepada golongan B40. Bantuan ini khas disalurkan bernilai RM300 sebulan sekali sepanjang tahun terhad kepada 30,000 individu.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan b40 rm300 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA SEMAK DIVIDEN KWSP : CHECK ONLINE SEKARANG
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN B40 RM300 SEBULAN 2024
Bantuan sebanyak RM300 disalurkan setiap bulan kepada golongan B40 mengikut kaedah seperti berikut :
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN B40 |
---|
Disalurkan melalui aplikasi e-Dompet sebanyak RM300 setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas. |
MANFAAT BANTUAN B40 RM300 SEBULAN 2024
Berikut merupakan manfaat pemberian bantuan yang bernilai RM300 kepada golongan B40 :
- Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
- RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
- Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN B40 RM300 SEBULAN 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM300 SEBULAN 2024
Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima bantuan yang bernilai RM300 sebulan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi BINGKAS; atau klik pada pautan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
- Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Laman web : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Talian BINGKAS : 1800-22-6600
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.